suria

Tak sanggup dengar anak bulus mengiau-ngiau, tukang urut selam longkang busuk... Syukur 2 nyawa kucing Parsi terselamat

Lelaki ini sanggup meredah masuk ke dalam longkang kotor untuk menyelamatkan kucing.

KESANGGUPAN seorang lelaki masuk ke dalam longkang yang sempit dan kotor dalam usaha menyelamatkan anak kucing mendapat pujian ramai.

Menurut perkongsian pemilik akaun TikTok yang menjual makanan kucing dikenali sebagai Kittycat Grocery, langkah membahayakan itu terpaksa diambil demi memastikan kucing malang itu terselamat daripada ancaman bahaya.

"Anak kucing ni betul-betul dekat tengah (dalam) longkang. Grill dan batu longkang tu memang tak dapat dibuka melainkan perlu dipecahkan.

"Kami panggil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tapi disebabkan tidak dapat kebenaran daripada pihak tuan kedai untuk pecahkan batu longkang tu, jadi bomba tak dapat buat apa-apa.

"Bomba minta kami beredar sebab takut ibu kucing tu tak nak ambil anaknya. Tapi kami fikir hari sudah nak hujan," jelas pemilik akaun itu menceritakan tentang kejadian yang berlaku di Subang, baru-baru ini.

Namun tidak lama selepas itu hujan mula turun dengan lebat dan air memenuhi longkang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagaikan terubat, pasangan belum dapat zuriat sambut raya dengan ‘anak’... siap masak sendiri juadah ayam rebus buat kucing terbiar

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas bagi kucing makan baru fikir nak sahur... Suami isteri belum punya zuriat bahagia kongsi rezeki dengan kucing jalanan

Enggan terus berdiam diri, seorang lelaki yang merupakan pelanggan tetap kedai makanan kucing itu memutuskan untuk menyelam masuk ke dalam air longkang demi menyelamatkan si bulus.

Lelaki yang bekerja sebagai tukang urut dikenali sebagai Uncle Cat itu masuk ke dalam longkang berbekalkan lampu suluh kepala.

Namun, siapa sangka rupa-rupanya terdapat lebih daripada seekor kucing berjaya dikeluarkan pencinta kucing itu.

Gelaran Uncle Cat diberikan kepada lelaki ini kerana selalu memberi makan kepada kucing jalanan.

"Situasi mendesak, sebab bomba pun tak dapat nak bantu. Akhirnya ini saja keputusan yang ada.

"Hujan semakin lebat, air longkang semakin tinggi. Kalau biar mungkin anak kucing tu akan mati dengan longkang penuh sampah, cacing dan tikus. Apa pilihan yang kami ada.

"Akhirnya anak kucing dapat diselamatkan. Rupanya kami bukan selamatkan satu nyawa tapi dua ekor anak kucing," ujarnya dalam tulisan pada video.

Terima kasih uncle selamatkan kucing-kucing tu, sanggup berkorban walau situasi rumit.

NETIZEN

Dalam video sama, wanita ini turut menawarkan kepada orang ramai seandainya ada insan ingin membela anak kucing itu yang dipercayai daripada baka Parsi.

"Kalau kami buka peluang untuk jadikan haiwan peliharaan. Mesti orang tak nak sebab hitam dan dari longkang.

"Tapi tunggu dulu. Dah bersih dan comel. Saya dah selamatkan dia. Ada sesiapa yang baik hati?" katanya lagi.

Perkongsian video tersebut meraih pelbagai komen netizen yang memuji tindakan pantas Uncle Cat.

Komen netizen di TikTok.

"Semoga yang tolong selamatkan anak kucing ini dipermudahkan jalan masuk ke syurga.

"Terima kasih uncle selamatkan kucing-kucing. Sanggup masuk dalam longkang untuk selamatkan kucing.

"Demi naywa kucing, pencinta kucing sanggup berkorban walau situasi rumit. Terima kasih hero," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain