KEMUNCULAN TikToker Auntie Purple memperagakan busana merah jambu di Anugerah TikTok Malaysia 2023 baru-baru ini menimbulkan tanda tanya ramai pihak. Manakan tidak, Auntie Purple atau Noor Suhaili Mohamed Amin, 45, yang cukup sinonim dengan warna ungu seakan tidak menonjolkan identitinya sendiri dalam majlis besar seperti itu. Enggan berteka-teki, mStar mendapatkan Auntie Purple bagi menjelaskan tentang penampilannya di acara yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec), Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu. “Sebenarnya memang saya sudah rancang nak pakai baju warna ungu. Tapi baju yang ditempah tu ada masalah sikit kerana finishing tak kemas. Auntie Purple hadir bersama suaminya. "Tambahan pula bahagian kepuk pada lengan kiri dan kanan juga tak sama saiz. Kain organza yang mereka gunakan pun sangat nipis," katanya kepada mStar. Tambah Auntie Purple, dia juga tidak berpuas hati dengan hasil akhir baju berkenaan kerana kelihatan berbeza daripada lakaran yang diberikan. “Bahagian hujung kain pun berbulu sebab mereka tak sempat atau tak perasan nak jahit. Paling kecewa sekali bahagian kaki yang senteng, tapi mereka jahit sambung kain lain... jadi tak lawa. “Selain itu masa mereka bagi design cantik saja bunga yang ada dekat baju tapi apabila siap rupanya ada dua bunga besar. Ada yang cakap macam baju bunga lawang,” katanya yang tercalon bagi kategori Creator Of The Year. ARTIKEL BERKAITAN: Aunty Purple bertukar kuning! Video transisi tukar baju raya guna kucing buat ramai kagum, terlebih kreatif! ARTIKEL BERKAITAN: Boleh jadi ‘ungu mata hitamku’, video ‘30hari 30 purple’ trending di TikTok sepanjang Ramadan... Onde-onde pun tukar warna! Bercerita lanjut Auntie Purple berkata dia tidak menyangka tempahan pakaian yang dibuat seawal enam hari itu berakhir dengan kekecewaan. “Saya pernah tempah dengan tailor ni, memang puas hati. Mula-mula saya hantar gambar rujukan dan tanya mereka boleh buat tak sebab saya faham dah last minute. "Mereka cakap boleh buat dan tanya tarikh fitting baju. Saya faham masa dah suntuk jadi saya cakap bila-bila pun boleh. “Mereka suruh datang pada pagi hari acara tapi saya katakan ia terlalu lewat. Jadi saya ke butik baju pada malamnya, tunggu sampai pukul 12 tengah malam. Tetap juga tak siap, terkial-kial menjahit kepok tu,” kata Auntie Purple. Jelasnya yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata, dia tidak menerima tajaan bagi baju berkenaan. Keadaan baju diterima oleh Auntie Purple. Kecewa dengan hasil daripada butik yang enggan dinyatakan itu, Auntie Purple memutuskan untuk mencari busana lain untuk dipakai. “Lain kali, kalau rasa tak cukup masa atau tak boleh buat, jujur saja. TikTok Awards ni sangat bermakna buat saya. Sudahlah pertama kali diadakan, tercalon pula tu. Tahun depan belum tentu dicalonkan lagi. “Penat juga nak kawal emosi. Sudahlah penat dengan event lain. Kami pergi makan dulu ingatkan boleh siap, pukul 12 tengah malam tak siap juga. Penat dan buang masa menunggu. “Malam tu balik rumah memang dah rasa tak sedap hati. Jadi esok pagi terus buat carian di Google butik yang terdekat dengan bangi. Nasib baik jumpa baju dan ambil masa setengah jam saja fitting,” katanya yang cukup terkilan. Kebanyakan baju sewaan adalah busana pengantin. Jadi memang lari dengan tema ikonik tu. AUNTIE PURPLE Malah dia memberitahu serik untuk menempah pakaian di butik sama kerana enggan pisang berbuah dua kali. Bagaimanapun menurut Auntie Purple, pihak butik berkenaan sudah memulangkan wangnya pada Rabu. “Mujurlah pemilik butik Embun Wedding terima permintaan saya di saat akhir. Saya redah saja masa pilih baju dekat butik dia pagi Ahad tu. “Kebanyakan baju sewaan adalah busana pengantin. Jadi memang lari dengan tema ikonik tu. Terpaksa feeling sebagai seorang princess saja malam tu,” ujarnya. Wanita ini kecewa apabila tidak dapat memakai baju yang diimpikan untuk TikTok Awards Malaysia 2023. Imbas Auntie Purple mengenai malam kejadian, ramai calon-calon lain turut terkejut melihat kemunculannya memakai busana pengantin berwarna merah jambu. “Semua terkejut apabila tengok saya dengan baju tu. Saya juga ada cakap dengan pengurus TikTok yang saya ikut warna tema,” ujarnya lagi. “Namun apabila tengok orang komen lepas post gambar pakai baju pink tu... ramai yang puji. Mereka cakap macam hadir Met Gala jadi lega dengar pujian tu. Tak adalah lari tema sangat," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube