suria

Diabetes tak tunggu usia tua! Remaja suka makan jajan tak lepas check-up, gagal sertai PLKN... Umur 27 tahun kena potong kaki

Kaki Muslihah dipotong sejak dua tahun lalu.

SEJAK kecil kita disarankan agar menjaga kesihatan dan mengelakkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat.

Namun, semuanya bagaikan sudah terlambat buat wanita berusia 29 tahun ini apabila kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes.

Menurut Muslihah, dia mengetahui tentang penyakit itu selepas dipanggil menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejurus menamatkan persekolahan.

kaki2

Muslihah mula berjalan semula menggunakan kaki palsu.

"Mula-mula dapat panggilan PLKN. Lepas tu saya pergi buat pemeriksaan doktor. Sebelum check up PLKN, tak pernah tahu ada kencing manis.

"Jadi doktor tak sarankan saya pergi sebab dari segi pemakanan, ia tak ikut jam, lepas tu saya mungkin terlepas waktu makan ubat. Jadi doktor tak sarankan saya pergi.

"Doktor suruh mula dengan makan ubat dulu. Lepas tu kena cucuk insulin," ujarnya menerusi video tular di TikTok.

Mungkin terlalu banyak waktu sekolah dulu suka makan jajan.

MUSLIHAH

Selain faktor keturunan, Muslihah berkata dia percaya mendapat penyakit itu kerana gemar makan makanan tidak berkhasiat ketika zaman kecil.

"Mungkin terlalu banyak waktu sekolah dulu suka makan jajan. sejarah keturunan pun ada," ujarnya lagi yang dilihat duduk di atas kerusi roda sambil memakai kaki palsu.

Menerusi video itu, Muslihah turut meluahkan rasa gembira selepas dia menerima tajaan kaki palsu daripada badan amal PruBSN Prihatin.

ARTIKEL BERKAITAN: Usia muda dah dipotong kaki sebab kanser tulang, tak sampai setahun hidap barah paru-paru pula... pemuda pinjam semangat Ronaldo teruskan hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini nekad potong kaki selepas SPM, tak sangka dalam diam ada jejaka kagum dengan dirinya - “Allah atur elok jodoh saya”

Tambah Muslihah, dia pada awalnya tidak yakin untuk memakai kaki palsu, namun lama-kelamaan semakin selesa dan gembira dengan perubahan diri dan kehidupannya.

"Rasa mula-mula tu macam tak yakin tapi bila dah cuba lama-lama tu, ada la rasa. Terima kasih banyak-banyak sebab mengharap sangat, dapat rasa gembira.

"Dua tahun terduduk (sejak dipotong kaki) macam ni. Bila dapat jalan balik tu, tak terkata perasaan macam mana," ujar Muslihah lagi.

Video yang dikongsi menerusi akaun TikTok Kedidi_kakipalsu itu meraih lebih setengah juta tontonan.

file7aha4xfrkufkezku4r8

Elak pengambilan gula berlebihan agar tidak terkena penyakit kencing manis. -Gambar hiasan

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen membahaskan isu diabetes dan saling berpesan agar masyarakat di luar sana mengawal pengambilan gula.

"Diabetes ni bukan semalam makan, hari ni kena. Tapi tabiat pemakanan seumur hidup sejak kita kecil.

"Kadang-kadang tak makan jajan dan minum air bergula pun kena juga diabetes. Selalunya saya tengok yang banyak makan kuih-kuih manis, nasi, roti. Banyak makan karbohidrat.

"Masa check up nak masuk PLKN dah ada kencing manis? Maknanya dari umur 18 lagi gula dalam darah dia dah tinggi.

"Rupanya ada yang lagi muda daripada mak saya. Mak saya umur 39 potong kaki," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain