KETIKA ini kebanyakan golongan mahasiswa cenderung untuk terlibat dalam dunia perniagaan bukan sekadar untuk mencari pendapatan sampingan, tetapi juga pengalaman. Tidak mengapa jika bisnes secara kecil-kecilan sekali pun, yang penting ia memberi 1,001 pengalaman untuk menjadi pembakar semangat pada masa hadapan. Begitu juga dengan seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) ini yang gigih berniaga minuman sepanjang cuti semester (semester break). View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Tidak pergi jauh, Mohamad Hasbi memilih untuk menjual minuman di kampungnya di Felda Rentam, Bera, Pahang memandangkan dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ibu dan bapanya. "Saya sememangnya suka berniaga, suka berjumpa dengan orang. Sebelum tercetusnya project semester break ini pun, saya pernah berniaga untuk suka-suka cari duit poket dan pengalaman. ARTIKEL BERKAITAN: Rajin kongsi video masakan edisi pelajar, ramai yang suka! Tapi resipi masak lemak tumis bawang kena kritik - “Ini cara saya” ARTIKEL BERKAITAN: Tak reti duduk diam! Sibuk menari, aktif sertai aktiviti dalam kampus... pelajar buktikan mampu dapat pointer gempak "Idea projek semester break ini bermula ketika saya mula bercuti di kampung semester lepas lagi. Saya pula jenis tak duduk diam. Untuk cari kerja di bandar, ia agak jauh dari rumah sebab kampung saya pedalaman sedikit. "Jadi saya terfikir, mengapa tidak saya cuba jual air. Air balang orang dah buat, jadi saya mencari kelainan sedikit untuk perkenalkan minuman lain kepada orang di sini," ujar penuntut Ijazah Sarjana Muda Sastera Pendidikan ini. Hasbi melakukan R&D sendiri sebelum menjual air minuman. Senang disapa sebagai Hasbi, pemuda ini berkata dia mula berniaga pada cuti semester lepas dan ini merupakan projek cuti semester yang kedua. "Kiranya ini adalah projek semester break 2.0. Pada awalnya, saya agak struggle kerana buat research and development (R&D) sendiri untuk jual air minuman ni. "Saya hanya try and error... saya cuba beberapa brand susu segar sebelum akhirnya jumpa susu segar yang sesuai untuk minuman yang saya jual ni," ujarnya yang merupakan anak bongsu daripada 10 adik beradik. Buat masa ini, Hasbi menjual dua jenis air minuman iaitu kopi latte dan green tea latte di mana kedua-duanya dijual dengan harga RM5 satu plastik. Biarpun hanya gerai kampung, saya cuba suntik elemen estetik pada dekorasi supaya ia kelihatan kemas. MOHAMAD HASBI "Alhamdulillah, sambutan untuk projek 2.0 ini sangat menggalakkan bukan sahaja daripada orang kampung tapi ada anak-anak menantu mereka yang pulang bercuti ke kampung juga. "Kiranya dekat kampung ni mereka boleh juga dapat air seperti di kafe dekat bandar-bandar. Alhamdulillah, maklum balas yang saya dapat cukup positif. Ada yang siap cakap, lamanya kalau nak tunggu setiap kali cuti semester. "Ada juga yang beritahu, mereka tak suka minum green tea tapi air yang saya jual ni kena dengan tekak mereka. InsyaAllah saya bakal perkenalkan satu minuman baru iaitu latte coklat tidak lama lagi. Selain itu, ramai juga yang infaq melalui projek ini. "Selain ketengahkan minuman, saya juga menitikberatkan dekorasi. Biarpun hanya gerai kampung, saya cuba suntik elemen estetik pada dekorasi supaya ia kelihatan kemas," ceritanya lagi. Dua jenis air minuman yang dijual Hasbi iaitu green tea latte (kiri) dan kopi latte. Tidak menyangka video yang dimuat naik di TikTok meraih lebih 945,000 jumlah tontonan, Hasbi meluahkan rasa terharu dengan komen-komen positif yang diterimanya. "Untuk mereka yang juga penuntut seperti saya dan teringin berniaga, nasihat saya, buat saja. "Tapi perlu tengok situasi dan environment. Cari kelainan, itulah menjadikan kita extra. Nak jual apa-apa pun tak kisah, asalkmeran buat kelainan. "Kalau ada orang sekeliling yang mungkin tak yakin, abaikan saja sebaliknya kita kerja keras untuk buktikan hasilnya. Jangan ambil ia dari sudut negatif, tapi ambil ia sebagai pembakar semangat," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube