suria

Tukar iPhone setiap tahun sebab minat! Hak masing-masing, hutang tanggung sendiri - “Kenapa sibuk hal orang?”

Orang ramai meninjau telefon pintar di pasaran. -Gambar Reuters

SETIAP tahun, pasti model telefon pintar terkini akan dikeluarkan.

Telefon yang baru dilancarkan semestinya menjadi buruan ramai terutama peminat gajet.

Tidak hairanlah ada yang sanggup menukar telefon mereka setiap tahun atau sanggup membeli model terkini bertujuan menambah koleksi.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang kurang senang dengan golongan yang sentiasa ‘up to date’ ini yang sering membeli telefon model terbaharu.

“Memang setiap tahun beli iPhone baharu? Tak gila ke?” tulis seorang netizen di ruangan komen.

Persoalan seorang netizen mengenai telefon pintar.

Menerusi satu ciapan di laman X (dulu Twitter), tangkap layar komen tersebut dimuat naik bagi mengupas isu ini yang sering mencetuskan perdebatan hangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemaruk guna iPhone, sanggup buat pinjaman lebih RM4,000... Akhirnya merungut sengsara bayar hutang

ARTIKEL BERKAITAN: Guna iPhone tak semestinya cerdik! Beli bayar ansuran, jual kepada owner baharu kena tipu pula sebab tak faham konsep ‘sambung bayar’

Menurutnya, pembelian telefon dipengaruhi minat masing-masing asalkan ia tidak membebankan pemiliknya dengan berhutang atau membuat pinjaman.

“Minat orang unik, setiap orang berbeza. Asalkan tidak berhutang, bergolok-bergadai, tak salah pun. Takkan saya kena ikut minat anda bukan?

“Jika anda meminati kereta, adakah saya perlu meminati kereta?” ujarnya menerusi ciapan di Twitter @XavierNaxa.

iPhone antara model yang menjadi pilihan ramai. -Gambar DPA

Selain minat, jelasnya, pembelian telefon turut dipengaruhi oleh minda golongan ‘baik beli’ memujuk diri untuk memiliki model baharu.

“Ada yang mempertikaikan keputusan orang membeli iPhone. Katanya lebih baik melancong, mengapa paksa orang meminati perkara yang bukan dalam minatnya.

Paling penting ukur baju di badan sendiri... keperluan dan kehendak.

NETIZEN

“Saya akui minat perlu berpada-pada selagi mereka atau saya mampu. Mengapa perlu pertikai? Ada kawan beli ‘sport rim’ sampai RM8,000. Adakah saya perlu mempertikai minatnya?

“Adakah saya perlu katakan ‘baik beli iPhone’? Sudah tentu tidak, bukan? Maka hargai minat orang. Setiap orang punya minat masing-masing.

“Orang kaya guna telefon sampai rosak sebab bukan minat mereka. Mereka juga mungkin suka kumpul kereta, barang mewah dan lain-lain. Tapi orang lain sebaliknya” jelasnya lagi.

Ramai sanggup berbelanja lebih untuk memiliki telefon idaman. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan mempertikaikan seseorang itu membeli telefon pintar setiap tahun.

“Kenapa kena sibuk hal orang? Biarlah orang nak buat apa yang dia suka. Semua orang ada citarasa, minat dan hobi sendiri. Jangan kacau hidup orang.

"Hak masing-masing. Paling penting ukur baju di badan sendiri... keperluan dan kehendak. Fikir-fikirkanlah,” antara komen netizen.

Terdahulu, mStar melaporkan segelintir individu sanggup berhutang demi mengejar gaya hidup yang diimpikan.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, terdapat seorang pembeli yang membuat pinjaman sehingga RM4,099 semata-mata untuk mendapatkan iPhone 11, 128GB.

Bagaimanapun, dia merungut kerana terpaksa membayar ansuran sebanyak RM165 selama 36 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain