suria

Awalnya tak kisah bakal isteri tiada dara, pemuda ubah fikiran selepas merisik! Batal nikah keluarga minta hantaran 10K

Setiap pasangan bercinta pastinya mengimpikan untuk mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

SEORANG pemuda tular di Facebook selepas dia tampil bercerita tentang kisah dirinya yang membatalkan pernikahan kerana isu hantaran.

Menurut Mamat Mat yang sudah berkerjaya, dia berkenalan dengan pelajar sebuah institusi pengajian tingga (IPT) sekitar tiga tahun lalu.

Selepas melalui fasa percintaan, Mamat berkata gadis itu membuat pendedahan kepadanya bahawa dia pernah terlanjur dengan bekas teman lelakinya.

file61jses3wmuulu5h44ki

Upacara merisik merupakan adat biasa dalam masyarakat Melayu. -Gambar hiasan

Kata Mamat, dia boleh menerima kesilapan silam gadis itu, namun mula berubah hati kerana keluarga bakal mentuanya menetapkan kadar hantaran tinggi.

"Bila jumpa keluarganya, baru tahu jenis control. Segala keputusan bukan setakat mak ayah dia buat, tapi termasuk seorang abang dan tiga kakaknya. Dia anak bongsu.

"Bermulalah episod meletakkan harga pada diri dia. Mereka minta mas kahwin RM10,000, duit hantaran asing RM10,000 dengan beberapa hantaran simple benda-benda lain.

Dia kata jumlah hantaran dan mas kahwin tu biasa untuk famili dia sebab kakak-kakak dia pun kahwin standard macam tu.

MAMAT MAT

"Aku kira total lebih kurang RM25,000 untuk sebelah dia. Dia kata jumlah hantaran dan mas kahwin tu biasa untuk famili dia sebab kakak-kakak dia pun kahwin standard macam tu," ujar Mamat.

Semuanya berjalan lancar pada awalnya, namun Mamat berkata lama-kelamaan dia mula ragu-ragu untuk meneruskan pernikahan.

Sebagai helah, Mamat mula memberikan layanan acuh tidak acuh sehinggalah dia terpaksa menipu gadis itu untuk menamatkan hubungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji 3K tunang ‘demand’ hantaran 20K, duduk kondo mahal... lelaki sedang fikir nak batal perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gigih menabung nak bantu bayar separuh wang hantaran, tapi bakal suami ‘buat rileks’! Belum mula menyimpan, majlis dah nak dekat

"Dia cadang kalau tak cukup duit, nanti aku buat personal loan. Lepas dia kerja, dia akan sama-sama bayar. Aku buat-buat okay je cadangan dia. Walaupun masa tu otak dah fikir macam-macam.

"Masa tu aku sekali lagi terdetik nak putus. Aku mula kurangkan komunikasi, balas mesej lambat, kadang reply pendek. Lama-lama dia perasan aku dah lain. Aku sengaja buat renggang.

"Satu hari dia ajak jumpa. Dia tanya aku ada awek lain ke? Aku tipu dia, aku cakap ya. Aku cakap aku tawar hati. Padahal aku sama je. Aku rasa akan ditimpa lebih banyak masalah yang berpunca daripada famili dia kalau teruskan," ceritanya panjang lebar.

file5y2zqn2lnd423df3lzh

Topik mengenai dara masih tabu di negara ini.

Menerusi nukilan di Facebook, Mamat berkata banyak pengajaran yang boleh diambil menerusi kisahnya itu, khususnya tentang sikap ibu bapa yang seolah-olah mahu 'menjual' anak.

"Point yang aku nak sampaikan ialah, bila mak ayah mungkin tak tahu situasi anak perempuan mereka, terutamanya yang dah pergi study berjauhan daripada keluarga ni.

"Permudahkanlah kalau mereka nak kahwin. Aku rasa ramai lelaki pernah lalui hal sama tapi dipendam untuk jaga aib pihak perempuan. Jadi aku buka cerita la bagi pihak korang," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain