suria

Jasa selepas ajal! Anak kerja kedai makan meninggal, ibu terkejut ada lelaki datang rumah beritahu arwah tinggalkan RM800,000

Tangkap layar mesej perbualan ibu arwah bersama ejen takaful.

SEORANG ibu mengalirkan air mata apabila mengetahui dia merupakan penama hibah yang didaftarkan oleh arwah anak lelakinya.

Menurut ejen Takaful Soffiyie Hassan, arwah yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan merupakan pekerja kedai makan dan mula membuat caruman RM150 sejak penghujung 2021.

Tindakan arwah ternyata memanfaatkan ibunya serta seluruh ahli keluarga apabila hibah bernilai RM400,000 digandakan kepada RM809,947 selepas dia meninggal dunia.

hibah2

Ibu arwah menangis selepas mendapat tahu arwah meninggalkan wang hibah buatnya.

"Arwah usia 27 tahun. Anak sulung. Ayah dah lama meninggal. Arwah kerja kedai makan je. Meninggal dunia akibat kemalangan motosikal. Dia ambil hibah pada Disember 2021 dengan caruman RM150 sebulan.

"Semasa hari kematian ejen ziarah ibu arwah tapi perkenal diri sebagai kawan. Selepas tiga hari ejen pergi jumpa secara personal dengan si ibu dan maklumkan arwah ada ambil hibah dan ibu jadi penama. Tapi ibunya tak tahu pun hibah tu apa.

"Lepas ejen explain barulah ibu arwah terkejut dan menangis terharu sebab dia penama. Anaknya tak pernah cerita pun dia ada ambil hibah. Hibah RM400,000 arwah ambil akan diganda menjadi RM800,000 sebab meninggal kemalangan," ceritanya.

Allahuakhbar, meninggal pun berjasa kepada ibunya.

NETIZEN

Video ketika ejen tersebut bertemu dengan ibu arwah turut dikongsi menerusi aplikasi TikTok sehingga meraih hampir setengah juta tontonan.

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen termasuklah yang memuji arwah kerana masih mampu 'berbakti' meskipun telah meninggal dunia.

"Sampai dia tak ada pun masih mampu menjalankan tanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘pergi’ selepas bank in duit belanja RM100, anak lega arwah ‘fikir jauh’... tinggalkan hibah setengah juta cukup untuk keluarga teruskan hidup!

ARTIKEL BERKAITAN: Takut isteri kahwin lain, suami berkira tak nak sediakan 'bekalan' sebelum 'pergi'... langsung batal deal - “Selalu client ketawa saya akan ketawa tapi tidak bab ni!”

"Arwah anak yang bertanggungjawab kepada ibu dan keluarga.

"Allahuakhbar, meninggal pun berjasa kepada ibunya," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, ejen takaful tersebut turut menggesa agar orang ramai membuka mata dan mula membuat caruman hibah meskipun dalam jumlah yang kecil.

hibah3

Orang ramai dinasihatkan mencarum hibah sebagai persediaan masa depan. -Gambar hiasan

"Nasihat saya kepada orang ramai, mencarumlah hibah walaupun nilainya sedikit. Sangat membantu waris kita dalam banyak perkara terutama untuk memastikan kelangsungan hidup.

"Kita yang tak pernah kehilangan ni susah nak rasa erti kepayahan dan kehilangan ketua keluarga. Tapi yang dah alami akan tahu susahnya bila tak ada ketua keluarga dan lagi-lagi apabila meninggalkan banyak hutang.

"Bila berlaku kematian orang ramai datang ziarah dan ucap takziah. Tapi hanya waris si mati saja yang akan hadapi kehidupan selepas ni sama ada senang atau sengsara," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain