suria

Abang bomba makin ‘advanced’, buat ‘pick-up line’ atas trak... Ramai tak keruan tengok lelaki sado - “Kuat betul suara perempuan menjerit”

Kehadiran anggota Bomba menjadi tarikan utama ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-66.

KEMUNCULAN anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus menjadi tumpuan utama ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-66 yang diadakan di Dataran Putrajaya pada Khamis.

Bagi mengulangi kemeriahan tahun lalu, pengunjung yang memenuhi dataran itu sejak awal pagi kedengaran bersorak kuat apabila jentera bomba berarak melintasi mereka.

Seperti kebiasaannya anggota bomba yang bertubuh sado dilihat berdiri di atas trak sambil tersenyum ke arah orang ramai, malah ada yang turut melemparkan kuntuman bunga kepada pengunjung bertuah.

file7rr1c1x4dw21bami31zx

Anggota Bomba berarak menaiki trak di Dataran Putrajaya.

Paling mencuri tumpuan tentunya aksi anggota bomba yang membawa sepanduk pick-up line yang tertera ayat "Api memang panas tapi anda semua penyejuknya".

Satu lagi sepanduk ditulis dengan ayat "Sayang kamu ketat-ketat" sekali gus membuatkan pengunjung di dataran itu menjerit kegembiraan.

"Anda semua sebenarnya nak tengok abam bomba kat perbarisan hari merdeka ni kan? Bukan main kuat ya semua menjerit kat Dataran Putrajaya," ciap @arfdy12 menerusi laman Twitter.

Dasyat betul orang bersorak tengok abang Bomba sado. Aku tengok kat TV je pun rasa meriah.

NETIZEN

Menurut seorang lagi pelayar Twitter, jeritan kuat pengunjung bukan sahaja bergema di Dataran Putrajaya, malah turut kedengaran jelas menerusi siaran langsung sehingga menenggelamkan suara penyampai televisyen.

Menjengah komen netizen, rata-rata mereka meluahkan rasa puas hati dengan kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Malah, mereka turut berterima kasih kepada anggota bomba yang menceriakan hari istimewa ini dengan aksi-aksi yang 'mencairkan hati' ketika perarakan sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang bomba sado belanja biceps terkejut tiba-tiba jadi ‘famous’, netizen jumpa akaun IG... Rupanya bertugas di balai Puchong je!

ARTIKEL BERKAITAN: Abang bomba kacak buat ‘buddy check’, mata netizen pula nampak aksi tepuk punggung... Ramai pasang niat serbu Dataran Putrajaya!

"Kuat betul suara perempuan menjerit tengok abang-abang bomba sado.

"Dahsyat betul orang bersorak tengok abang bomba sado. Aku tengok kat TV je pun rasa meriah. Lagi la orang yang ada kat dataran.

"Tetaplah abang bomba dapat sambutan paling meriah tiap kali merdeka," tulis beberapa netizen.

bomba3

Aksi anggota Bomba yang mencuri perhatian orang ramai.

Untuk rekod, acara perbarisan pada kali ini melibatkan sekitar 17,000 peserta yang terdiri daripada 10 komponen.

Perarakan Hari Kebangsaan pada Khamis turut dimeriahkan dengan kehadiran aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia, serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Dataran Putrajaya pada jam 8 pagi sempena sambutan itu.

Acara hari ini turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain