suria

Personal shopper mengaku scammer! Mak ayah dah terbuai hidup senang, sedap makan duit pelanggan sampai berhenti kerja

Seorang personal shopper menggunakan duit pelanggan demikeluarganya sehingga digelar scammer. -Gambar hiasan The Star

KESUSAHAN hidup mendorong mereka yang mengalaminya berusaha keras untuk keluar dari masalah ini sehingga sanggup melakukan apa sahaja kerja.

Seperti pengakuan seorang wanita ini, dia yang berasal daripada keluarga B40 cuba untuk mengubah nasib dengan mencari pekerjaan sesuai dengan pencapaian akademik.

Malah disebabkan keluarganya hidup susah, dia berpeluang mengikuti pengajian di bawah kelolaan bahagian zakat negeri.

Masyarakat beranggapan pendidikan dapat membantu mereka memperoleh gaji yang lebih tinggi. -Gambar hiasan The Star

Masyarakat beranggapan pendidikan dapat membantu mereka memperoleh gaji yang lebih tinggi. -Gambar hiasan The Star

Bagaimanapun, elaun pengajian yang diberikan hanya sekali untuk setiap semester dan jumlahnya tidak mencukupi.

“Semasa belajar under zakat, allowance once per semester dan sikit sahaja.

“Jadi saya buat bisnes sebagai personal shopper, ramai buat tempahan dan saya ada duit untuk makan, cetakan dan beli buku,” luahnya.

Kesenangan yang dirasai ketika bergelar pelajar itu bagaimanapun sampai ke pengetahuan bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Syukur mak ayah aku kolot” - Tengok budak zaman sekarang, anak tak kisah dapat ibu bapa tak kaya, belajar tak tinggi

ARTIKEL BERKAITAN: Bab duit memang laju! Bertahun mak ayah tak jenguk anak, tiba-tiba muncul tuntut BAP... Cikgu serba salah tengok nenek ‘gigit jari’

Sejak itulah dia digelar sebagai scammer kerana mula menggunakan duit pelanggan untuk urusan keluarganya.

“Ayah tahu saya buat bisnes tu, kemudian dia minta nak pinjam duit sebab nak bayar sewa rumah, bil dan macam-macam lagi.

“Dia janji nak bayar balik, jadi saya okay sebab rasa serba salah kalau tak bantu keluarga walaupun tahu bahawa duit tersebut adalah milik pelanggan,” tambahnya.

Janji yang diberikan bapanya bagaimanapun tidak ditepati sehingga dia tidak dapat meneruskan bisnes mahupun memulangkan semula wang pelanggan.

Memang dengan parents pun kena strict kalau berkaitan duit.

WARGA MAYA

Menyangkakan ‘ujian’ yang dialami itu berakhir selepas tamat pengajian, wanita ini tidak menduga dia akan berdepan kesukaran lebih dahsyat apabila berjaya memperoleh pekerjaan.

Mana tidaknya, ibu dan bapanya tiba-tiba mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas dia mempunyai sumber pendapatan tetap.

Malah disebabkan itu juga, dia terpaksa hidup sebagai ‘scammer’ sejak empat tahun lalu kerana masih tidak dapat memulangkan semula wang pelanggannya.

“Sudah empat tahun dan sekarang saya dah kerja... gaji above average my peers tapi saya masih tak boleh nak refund customers sebab saya seorang sahaja kerja dalam famili.

Gaji yang banyak juga tidak mencukupi untuk membayar hutang pelanggan. -Gambar hiasan The Star

“Mak ayah saya berhenti kerja selepas saya ada sumber. Jadi, kena tanggung keluarga,” luahnya lagi.

Situasi yang melanda itu terus membelenggu dirinya sehingga terpaksa hidup dalam kekesalan dan serba salah kerana mempunyai hutang yang belum langsai.

Malah dia mengakui sedih kerana dilahirkan dalam keluarga miskin pada masa sama menganggap ibu dan bapanya sebagai membebankan.

Kisahnya dikongsikan seorang pelayar Twitter Abudi Alsagoff menerusi ciapan ringkas.

Antara pandangan dan reaksi warga maya.

Antara pandangan dan reaksi warga maya.

“Kesian betul, harap anon (orang tidak dikenali) dapat bayar kembali duit pelanggan walaupun dengan ansuran,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya yang turut memberikan pelbagai pandangan dan cadangan.

Tidak kurang juga yang menyalahkan ibu bapa wanita tersebut kerana sanggup membebankan anak yang baru memulakan kehidupan.

“Memang dengan parents pun kena strict (tegas) kalau berkaitan duit... duit pelanggan memang tak boleh usik atau songlap dan bukan tanggungjawap anak membela keluarga tapi bantu setakat mampu sahaja.

“Utamakan diri sendiri dahulu dan barulah keluarga serta kawan-kawan. Jadi masalah diri sendiri kena selesaikan dahulu, abaikan apa orang kata.

“Benci apabila ada mak ayah ambil kesempatan pada anak-anak macam ni.

“Selagi tak bayar duit orang, selagi itulah akan rasa tak cukup... langsaikan hutang dengan orang dan awak akan rasa bebas,” komen beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain