MALANG tidak berbau. Sebuah kediaman di Padang Serai, Kulim, Kedah dipenuhi kepulan asap pada awal pagi Jumaat selepas sebuah telefon pintar meletup dipercayai akibat dicas sepanjang malam. Menurut Nurain Najihah Mohd Sobri, 21, dia terkejut melihat situasi itu sebelum bertindak menggeledah seluruh rumah untuk mencari puncanya. Perkongsian Aiyn raih lebih sejuta tontonan di TikTok. "Tabiat saya suka terbangun pergi tandas. Pada hari kejadian, selepas bangun, saya terkejut lihat rumah penuh asap. Saya cuba cari punca. Tengok bilik mak tak ada apa-apa. "Saya ketuk pintu bilik adik, saya tengok telefon dia yang meletup. Saya tengok adik saya dulu, sebab ingat dah terjadi apa-apa. Masa tu saya tak terfikir nak siram air. "Api dah tak ada. Cuma asap yang panas daripada phone itu masih ada. Phone dia memang rosak terus, hitam hangus. Tilam bilik adik tebal, mujur terbakar sikit je," ujarnya kepada mStar. Saya pernah terlepas cakap, saya kata phone hang (kamu) meletup baru pada muka. Tak sangka kata-kata tu jadi betul. NURAIN NAJIHAH MOHD SOBRI Menurut Aiyn yang juga peniaga di TikTok, dia bersyukur adik lelakinya tidak cedera, malah rumah mereka juga terselamat daripada kejadian kebakaran yang lebih besar. "Masa tu kami buka semua pintu, standby untuk keluar je. Tapi yang bersyukurnya sebab hari kejadian, dia tak tidur di atas katil. Dia terlena di bawah (lantai), sebab itu dia terselamat. "Tengok adik okay je, terus saya panggil mak. Saya kata pada mak bahawa phone abang terbakar. Adik saya seorang tu je lelaki. Sebab tu kami panggil dia abang. ARTIKEL BERKAITAN: Hero tak didendang... Ini lelaki terawal masuk rumah terbakar selamatkan budak rentung, kritikal kena renjatan elektrik ARTIKEL BERKAITAN: Rumah terbakar, hanya bingkai kalimah suci sempurna tak terusik! Nenek sedang puasa selamat walau dihempap bumbung "Saya bersyukur phone je yang rosak. Phone boleh ganti. Hilang adik seorang tu, dah tak ada ganti. Sampai sekarang dia tak mahu tidur bilik dia sebab masih ingat kejadian tu," ujar anak ketiga daripada empat beradik itu. Menurut Aiyn, dia pernah memberi nasihat kepada adiknya, namun tidak pernah dihiraukan oleh remaja berkenaan. Aiyn yang berkongsi tentang kejadian itu di aplikasi TiKTok turut berharap ia dapat menjadi peringatan buat orang ramai di luar sana. Komen netizen tentang kejadian di kediaman Aiyn. "Saya selalu sangat nasihat tapi adik saya ni suka main game, dia ingat sekali lepas tu dia buat lagi. Tapi saya pernah terlepas cakap, saya kata phone hang (kamu) meletup baru padan muka. Tak sangka kata-kata tu jadi betul. "Saya siarkan video tu bukan untuk raih simpati orang ramai. Ia sebagai pengajaran untuk yang suka tidur sambil cas phone sepanjang malam. Saya harap semua yang tengok video tu sedar dan rasa takut. "Rata-rata komen semua posiif dan berterima kasih sebab saya kongsi video tu. Tapi ada seorang dua yang komen kata phone adik saya cap ayam, kabel cap ayam. Bagi saya kalau benda nak jadi, kita pun tak sempat nak elak," ujarnya lagi. Sehingga kini, video yang dikongsi Aiyn meraih lebih 1.3 juta tontonan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube