BENARLAH jatuh cinta boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana jua, bak kata pepatah ‘cinta pandang pertama’. Seperti satu video tular, siapa sangka hanya kerana keletah si kecil sedang menari di khalayak ramai semasa sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya baru-baru ini, pemuda yang membuat rakaman telah jatuh hati melihat wanita yang berada berhampiran kanak-kanak berkenaan. Mana tidaknya, senyuman dan pandangan wanita itu yang teruja ketika melihat aksi si cilik pastinya menambat hati sesiapa sahaja. Susulan tularnya video itu, wanita berkenaan menjadi tular dan terus 'diburu' pemuda itu di halaman TikTok. Absyar meminati bidang fotografi. Malah warga maya yang sporting turut memberikan komen positif dan baik-baik. “Bro sedap suara kau jadi imam dekat masjid hari tu. “Terima kasih bang tolong tunjukkan jalan ke masjid. “Bro yang bagi ceramah Subuh hari tu? Patut muka macam kenal. ARTIKEL BERKAITAN: Perjudian cinta yang sia-sia, wanita ini dikongkong sejak tingkatan enam.. Asyik jadi ‘mesin ATM’ teman lelaki tak sedar diri ARTIKEL BERKAITAN: Akibat cinta toksik, gadis ini hidap kemurungan! Mujur pakwe baharu penyayang, control ubat takut kekasih telan ‘overdose’ “Bang kelas tajwid minggu ni mula pukul berapa ya? Hari sampai bab qalqalah kan,” ujar beberapa warga maya. Meskipun komen yang ditinggalkan mencuit hati, namun ia melambangkan bahawa kebanyakan pelayar berusaha membantu pemuda itu mendapatkan ‘cintanya’. Berkongsi kisah dengan mStar, Muhammad Absyar Azmi berkata, dia tidak menyangka video tersebut akan tular sehingga ditonton lebih 5.4 juta pelayar. Malah dia mengakui telah jatuh cinta pandang pertama apabila melihat wajah wanita yang dikenali sebagai Athirah tersebut. Last berhubung semasa dia sudah notis video TikTok tersebut. MUHAMMAD ABSYAR “Kalau ikutkan itu just random video semasa rakam budak menari tapi wanita di belakang nampak lebih menarik perhatian sebab reaksi dia lihat adik tu. “Saya terhibur tengok senyuman dan pandangan dia tu,” ujarnya. Menurut anak muda berusia 22 tahun itu lagi, selepas video tersebut tular di media sosial, rakan kepada wanita berkenaan meninggalkan komen bahawa dia mengenali individu yang dicari. Malah katanya, wanita itu adalah rakan sekolahnya. Warganet meninggalkan reaksi mencuit hati pada ruangan komen. “Saya dapat jumpa daripada sesi siaran langsung (live) dan kawan sekolah wanita tu yang bagi info. “Selepas tiga hari tular, barulah Athirah menyedari video yang saya kongsikan itu dan meninggalkan komen,” tambahnya yang berasal dari Kuala Lumpur. Peluang tersebut tidak disia-siakannya yang kemudian menghubungi Athirah di Instagram pada Ahad lepas. Bagaimanapun, perbualan tersebut adalah yang pertama dan terakhir selepas dia mendapati orang ramai menyatakan wanita itu sudah mempunyai teman lelaki. Tambahan pula Athirah enggan dia menghasilkan sebuah lagi video yang memaklumkan mereka telah berkenalan. “Pasal wanita tu tak banyak yang saya tak tahu... cuma nama saja. Daripada cara chat dan komen live, ramai yang cakap dia sudah berpunya. “Last berhubung semasa dia sudah dapat tahu video TikTok tersebut,” katanya yang bekerja sebagai juruteknik. Meskipun hanya dapat mengenali dari kejauhan, dia yang mesra disapa Absyar tetap menzahirkan syukur kerana dapat ‘berjumpa’ dengan wanita yang berjaya mencuri hatinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube