KOMITMEN dan kesungguhan diperlukan apabila seseorang itu mahu mendapatkan pekerjaan. Peluang dipanggil untuk enghadiri temu duga tidak selalu diperolehi dan ia sewajarnya tidak disia-siakan oleh calon. Namun begitu, lain pula kisah wanita ini apabila dia tersepit antara menghadiri temu duga untuk pekerjaan yang dipohon atau membawa haiwan peliharaan ke klinik veterinar. Sesetengah orang akan mengutamakan kucing peliharaan melebihi segalanya. -Gambar hiasan Melalui satu perkongsian di X (Twitter), seorang lelaki dipercayai bakal majikan kepada wanita tersebut, mendedahkan perbualan mereka berdua melalui WhatsApp. Menurut lelaki itu, wanita berkenaan seolah-olah menunjukkan sikap sambil lewa kerana lebih mementingkan kucing kesayangan berbanding panggilan temu duga. "Kucing atau pergi interview? ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengeluh kerja dengan Gen Z! Manja, ditegur cepat sentap... Tahu-tahu resign, sindir senior di media sosial ARTIKEL BERKAITAN: Calon zaman sekarang... Nak kerja tapi bahasa dengan penemuduga pun ke laut, ‘geliga’ bagi alasan - “Biasanya atas tilam sambung tidur” "Bahagian pengurusan sumber manusia (HR) sering mengeluh calon tak muncul pada hari temu duga. Tak kurangnya juga apabila HR ada yang terus mengabaikan calon dan tak ada follow-up. "Aku tak berpihak pada sesiapa dalam hal ini," kata lelaki berkenaan. Melalui tangkap layar perbualan mereka di WhatsApp, lelaki tersebut pada pukul 5 petang dilihat menghantar maklumat temu duga yang dijadualkan berlangsung pada pukul 2.30 petang keesokan harinya di pejabat syarikat. Kucing lagi penting dalam kehidupan kami. Hilang kerja tak apa tapi kehilangan kucing jangan sesekali. WARGA MAYA "Saya minta maaf tak dapat hadir sebab esok saya hantar kucing saya pergi klinik veterinar," tulis wanita tersebut menolak panggilan temu duga itu. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memilih untuk menyokong tindakan wanita berkenaan. "Orang akan cakap jadualkan semula (reschedule) veterinar kucing ke masa lain, tapi tak semudah tu, ada hari kita dah ada temu janji (appointment) macam untuk ambil ubat semua tu. Kalau reschedule nanti lambat. "Kucing lagi penting dalam kehidupan kami. Hilang kerja tak apa tapi kehilangan kucing jangan sesekali. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Kucing adalah ibarat anak kami, kalau perlu pilih antara kerja dan kucing, jawapannya sudah terang lagi bersuluh. Saya adalah #TeamKucing," kata sebahagian warga maya. Ada juga warga maya yang mempersoalkan tentang mengapa majikan tersebut memberikan notis dalam masa yang begitu singkat. "Pukul 5 petang baru nak mesej beritahu, temu duganya tu esok, macam mana tu? Langsung tak menghormati waktu peribadi orang lain. "Mesej la awal sikit lain kali abang oi, bagi ruang dan masa untuk calon tu bersedia. Jangan la dah minit-minit akhir baru nak cakap," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube