suria

Marah dicerai talak 3, wanita kantoi selingkuh dengan lelaki lain jumpa bomoh... Kirim sihir kenakan bekas suami dan isteri baharu

Individu yang disihir akan hidup merana selagi mereka tidak mendapatkan rawatan. -Gambar hiasan

SEORANG pemuda dikenali sebagai Ahmad menceraikan bekas isterinya dengan talak tiga selepas wanita itu kantoi curang sebanyak dua kali.

Kisah keruntuhan pasangan yang mempunyai dua cahaya mata itu meraih perhatian ramai selepas dikongsi oleh Ustaz Mohamad Hasnan Rili di laman TikTok.

"Bekas isteri Ahmad kantoi curang dan bawa lelaki balik rumah. Kebetulan adik Ahmad singgah nak hantar barang. Nampak kak ipar keluar kereta dengan lelaki tak dikenali, pimpin tangan masuk rumah.

sihir2

Ustaz Nan merupakan perawat di Pusat Rawatan Islam Ar-Syifa, Pajam, Negeri Sembilan.

"Cepat-cepat dia snap gambar. Menangis Ahmad tengok gambar adik dia bagi. Ahmad balik rumah dan tengok lelaki tu dah tak ada. Apabila tanya, dia kata tak bawa lelaki lain. Apabila bagi bukti bergambar, tergamam dia.

"Merayu meraban supaya Ahmad maafkan dia. Ahmad baik hati, lalu maafkan dia," cerita perawat yang senang disapa Ustaz Nan itu.

Menurut Ustaz Nan, kesabaran Ahmad akhirnya sampai ke kemuncak apabila wanita itu curang buat kali kedua dengan seorang lagi lelaki di sebuah hotel.

Alhamdulillah dia dah beransur pulih dan masih buat susulan tiga minggu sekali.

USTAZ MOHAMAD HASNAN RILI

Ahmad juga berang apabila anak-anak mereka ditinggalkan di rumah ketika wanita itu keluar bermadu asmara dengan kekasih gelapnya, sekali gus mencetuskan perpisahan mereka.

"Kali kedua dia buat lagi. Tapi dengan lelaki lain di hotel. Ahmad ikut sampai hotel. Terus ceraikan talak tiga.

"Paling tak tahan, anak-anak kecil lagi dia tinggalkan macam tu je kat rumah. Naik mahkamah Ahmad dapat hak penjagaan. Tak lama kemudian Ahmad kahwin lain," cerita Ustaz Nan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah berpeluh! Anak dakwa bapa disihir nampak macam mati, lemas dalam kubur dikebumi hidup-hidup... Dah terlambat nak gali semula

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar cemerlang SPM dungu disihir, pelaku dengki tengok ibunya gembira tayang slip - “Anak aku dapat 2A je”

Namun menurut perawat itu, kebahagiaan Ahmad dan isteri baharunya tidak berpanjangan apabila mereka hidup merana, didakwa akibat disihir oleh bekas isterinya.

"Ahmad kahwin lain selepas bercerai. Isteri baharunya diugut oleh bekas isterinya. Dia kata isteri baru Ahmad perempuan tak guna, jalang, rampas suami orang.

"Dia bagi amaran melalui mesej. Tiba-tiba isteri baru Ahmad sakit misteri, hilang ingatan sekejap-sekejap dan dirasuk di rumah sehingga tak sedarkan diri.

sihir3

Bukan hanya lelaki, malah ada juga wanita yang curang dalam rumah tangga. -Gambar hiasan

"Banyak kali keluar rumah tengah malam, pandu kereta tanpa haluan, sedar-sedar esoknya kat atas kubur," cerita Ustaz Nan lagi.

Ustaz Nan turut berkongsi video ketika dia merawat isteri Ahmad di Pusat Rawatan Islam Ar-Syifa, Pajam, Negeri Sembilan.

Selepas empat bulan dirawat, Ustaz Nan berkata mangsa kini beransur pulih, namun masih hadir berjumpanya untuk rawatan susulan.

"Alhamdulillah dia dah beransur pulih dan masih buat susulan tiga minggu sekali," kata Ustaz Nan lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain