KENAIKAN harga barang tidak sepatutnya menjadi alasan untuk para peniaga bersikap tamak dan menganiayai pelanggan. Terbaharu, seorang pemuda memuat naik video menyatakan kekesalannya terhadap seorang peniaga pisang goreng yang menjual hidangan popular itu dalam saiz yang tidak masuk akal. Menerusi video berkenaan, pelanggan itu yang sedang berada di dalam sebuah kereta turut membuat perbandingan saiz pisang goreng yang dibeli dengan jarinya. Pisang goreng merupakan makanan yang popular di Malaysia. -Gambar hiasan "Korang cuba la tengok ni. Aku tadi beli pisang goreng RM3. Jari aku pun lagi besar kau tahu tak? Masalah itu aku tak kisah sangat. "Ni ha, nipis macam mana? Ini kalau ada kawan-kawan atau sesiapa yang lalu, kalau aku lambai dengan pisang goreng ni, memang dia tak nampak. "Memang parah. Dah beli, lanyak je la. Beleming sekali minyak ni. Aduh parah ni," ujarnya menerusi hantaran video di aplikasi TikTok. Minta maaf saya tak dapat tunjuk tempatnya. Saya kesian dengan penjual tu. PELANGGAN Pelanggan berkenaan berkata dia membayar RM3 untuk sembilan keping pisang goreng yang dibelinya. Dia bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi gerai berkenaan kerana tidak mahu menutup pintu rezeki peniaga tersebut. "Minyak mahal sangat agaknya. Minta maaf saya tak dapat tunjuk tempatnya. Saya kesian dengan penjual tu," ujarnya lagi menerusi video yang meraih hampir 100,000 tontonan. ARTIKEL BERKAITAN: Tak berkerdip mata tengok peniaga jelita jual mi sup viral... Ramai yakin bukan kerja bomoh tarik pelanggan - “Pelaris tersendiri dah ada” ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga makanan tiba-tiba viral, kedai jadi tumpuan pelanggan... Ada yang sanggup datang berulang kali Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengakui terhibur melihat tindakan pemuda itu yang membuat perbandingan antara saiz pisang goreng tersebut dengan jarinya. "Tu bukan pisang goreng la bang. Tu kerepek pisang. "Pisang goreng sekarang sebiji pisang potong 10. "Maaf bang, lupa tebalkan tepung," tulis beberapa netizen berjenaka. Pisang goreng biasanya dijual di gerai-gerai di tepi jalan. -Gambar hiasan Dalam pada itu, beberapa netizen turut menyelar tindakan peniaga zaman sekarang yang dianggap terlalu tamak mencari keuntungan. "Tak tahu nak cakap peniaga sekarang. Tu pisang goreng. Saya beli pau inti kacang, dalam tiada inti. "Pernah kena macam tu. Memang takkan singgah kedai tu lagi. Nak untung sangat, potong sampai nipis macam tu. "Entahlah semua mahal melampau. Agak-agak la, tak berkat jual mahal-mahal," tulis beberapa netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube