MINUMAN berkarbonat pastinya sedap diminum dan menyegarkan terutamanya ketika cuaca panas. Namun, jika diambil dalam kuantiti yang banyak, ia boleh membawa mudarat kerana kandungan gulanya yang tinggi. Walaupun bahaya ini sudah diketahui umum, namun masih ramai yang seolah-olah tidak bimbang dengan risikonya. Lelaki ini berkongsi nasihat yang berharga kepada masyarakat. Melalui satu perkongsian di TikTok oleh @kedidi_kakipalsu, seorang lelaki lanjut usia yang menghidap penyakit kencing manis tampil memberikan kesedaran kepada masyarakat selepas kedua-dua kakinya dipotong. "Dulu saya sangat suka minum air berkarbonat, air bergas tu dulu saya minum setiap hari. Kadang sehari tu sampai dua botol saya boleh teguk. "Waktu tu badan tak ada cacat apa pun, kaki dua-dua masih ada, memang sedap la saya minum air bergas ni. Lagi sedap, campur garam dalam air tu, fuh! ARTIKEL BERKAITAN: Siang malam asyik sedut teh ais ‘bersulam’ air berkarbonat! Lelaki ini menyesal amal gaya hidup tak sihat di usia muda ARTIKEL BERKAITAN: “Balik sekolah je mesti beli” - Pemuda ketagih minuman berkarbonat, kena kencing manis terus kaki dipotong "Lepas tu tambah susu pekat pula, memang lagi 'kick'," kata pakcik tersebut. Menurut pakcik itu lagi, seseorang yang mengamalkan minum air bergas akan mengalami ketagihan kerana mulut dan tekak kerap berasa kering. "Apabila kita minum air manis bergas ni, kejap je kita lega dan puas hilang dahaga tu, nanti tak lama selepas tu, tekak kita akan rasa kering balik. Sebenarnya dalam banyak-banyak air, air kosong sahaja yang boleh betul hilangkan dahaga. WARGA MAYA "Kita pun minum balik air manis bergas tu sebab kononnya nak hilang dahaga, ia jadi satu kitaran. Itu yang boleh kena potong kaki ni," ujar pakcik itu. Menitipkan pesanan, dia berkata penting untuk setiap individu menghargai nikmat kesihatan diri selagi ia masih ada. "Awal-awal sekarang mungkin kita tak nampak lagi kesannya, otot semua pun rasa okay. Tapi nanti bila dah jatuh sakit esok, duit dalam bank banyak mana pun dah tak bermakna. "Waktu kaki dah tak ada, mata dah kabur, nak buat apa je lagi dengan duit semua tu," kata pakcik itu menutup bicara. Sebahagian komen warga maya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan kerisauan apabila mereka turut mempunyai gaya hidup hampir sama dengan lelaki tersebut. "Alamak saya dari tahun 2017 sampai sekarang, tak pernah terlepas minum air anggur bersusu setiap malam, macam mana ni? "Kawan aku pun ada yang suka minum teh ais setiap hari, habis hilang buah pinggang dia. "Sebenarnya dalam banyak-banyak air, air kosong sahaja yang boleh betul hilangkan dahaga. Air manis tu kejap je," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube