MAJLIS perkahwinan tentunya menjadi lebih meriah dengan penampilan penyanyi terkenal yang dijemput untuk membuat persembahan. Manakan tidak, rata-rata tetamu cukup teruja apabila mereka menjamu selera sambil dihiburkan legenda rock terkenal, Datuk Awie. Namun suasana di dalam dewan bertukar gamat selepas pengantin lelaki turut sama diundang ke pentas utama untuk menyanyikan lagu Ratuku bersama Awie. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Dah la kacak, suara level Awie pula tu. Ini dah macam Datuk Awie jadi penyanyi latar. “Ni bukan Awie, ni awas abang dah dapat mic! Datuk Awie sila ke tepi. Sedap suara abang ni,” demikian antara komen pujian netizen. Berkongsi cerita, pengantin lelaki, Zaidi Hassan, 33, memberitahu persembahan bersama Awie ketika majlis makan malam penghargaan sempena perkahwinan dia dan isteri di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur berlangsung pada 8 September lalu. Zaidi (kanan) dan isteri diraikan pada majlis makan malam penghargaan sempena perkahwinan mereka. Zaidi yang bernikah pada 28 Julai lalu berkata, majlis yang meraikan dia dan isteri, Myra Muzaffar, 28, itu menyaksikan Awie menyanyikan enam lagu iaitu Iris, Ingatkan Dia, Terima Kasih, Layang-Layang Terputus Tali dan Sejati serta Ratuku. “Sebenarnya, persembahan saya bersama Awie adalah secara spontan. Saya duduk di meja pengantin bersama isteri ketika Awie membuat persembahan. “Ketika Awie menyanyikan lagu yang terakhir iaitu Ratuku, dia tiba-tiba jemput saya untuk naik ke atas pentas untuk menyanyi sekali. Memang gementar kerana Awie bukan calang-calang penyanyi apatah lagi menyanyikan lagu dia sendiri depan-depan,” katanya kepada mStar. Awie membuat persembahan istimewa dengan menyanyikan enam lagu. Namun, dia lebih terkejut apabila Awie menyedari kebolehannya menyanyi ketika dia melakukan persembahan raptai sebelum majlis berlangsung. “Siang tu saya raptai dulu untuk lagu yang saya akan nyanyi di majlis. Tapi saya langsung tak perasan kehadiran Awie ketika itu yang turut membuat persembahan raptai selepas saya. Ramai kata suara saya lebih sesuai dengan irama R&B dan balada. ZAIDI HASSAN “Mungkin sebab dia pakai topi, jadi tak berapa perasan. Saya hanya tahu yang Awie akan buat raptai apabila sudah beredar dan keluar dewan. “Sebab masa Awie jemput saya naik ke pentas untuk menyanyi bersama, dia menyebut terdengar suara pengantin menyanyi,” ujarnya yang berasal dari Ipoh, Perak. Gabungan vokal mantap Zaidi (kiri) dan Awie di pentas. Siapa sangka peladang ini juga berpengalaman dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi dan dia kini merupakan penyanyi sambilan. ARTIKEL BERKAITAN: Nak beli air soya tapi terpikat hati peniaga comel... Paling tak sangka pemuda ini bertemu jodoh dengan anak pensyarah sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Selesai akad nikah, isteri terus dukung suami! Rupanya seminggu buat perancangan adegan angkat-mengangkat Menurut Zaidi, dia sebelum ini merupakan artis budaya di bawah Kerajaan Negeri Perak selama lima tahun dan kini menyanyi secara sambilan di majlis-majlis korporat. Pasangan ini mendirikan rumah tangga selepas perkenalan pada 2021. Walau bagaimanapun, dia yang mengusahakan ladang bunga ros milik isteri di Batu Gajah mengakui tidak biasa menyanyikan lagu-lagu Rock. “Ramai kata suara saya lebih sesuai dengan irama R&B dan balada. Malah, saya tidak pernah menyanyikan lagu Ratuku ketika bekerja sebagai penyanyi sambilan. “Tapi memandangkan saya sudah biasa menyanyi di pentas, jadi tak rasa kekok dan lagu itu pun biasa dengar dan ingat dalam kepala. Lagu popular daripada Awie kan, ramai yang tahu. “Memang rasa gembira apabila dijemput Awie untuk menyanyikan di bahagian hujung lagu Ratuku tu,” katanya sambil menambah dia dan isteri mula mengenali pada 2021. Awie menyedari kebolehan Zaidi menyanyi ketika sesi raptai. Menyifatkan Awie begitu merendah diri, dia yang turut menyanyikan lagu dari negara jiran berjudul Satu Saf Di Belakangku sebenarnya tidak menyangka penyanyi terkenal itu sebenarnya mempunyai karakter di luar jangkaan. “Awie sangat peramah dan membuat persembahan secara santai. Selalu terbayangkan dia brader yang garang tapi sebenarnya sangat kelakar. “Insya-Allah selepas ini, saya rasa okay untuk menyanyikan lebih banyak lagu rock dan berharap lebih banyak peluang untuk saya dalam bidang nyanyian,” katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube