suria

Gadai gelang hampir RM10,000 demi bantu sahabat, akhirnya menangis kena ‘tolong’ diri sendiri tebus dan bayar faedah selama 6 bulan

Aiza membayar kadar faedah emas yang digadai untuk sahabat, juga menebusnya menggunakan duit sendiri.

SEORANG sahabat sudah pasti sanggup melakukan apa sahaja untuk rakan yang disayangi dan dikasihi.

Jadi, tidak hairanlah apabila Aiza Roslan juga sanggup menggadaikan barang kemas miliknya demi membantu sahabatnya yang dalam kesusahan.

Namun, menerusi klip rakaman yang tular selepas dikongsi di TikTok, wanita ini kelihatan menangis teresak-esak mengenangkan nasib diri setelah berasa dikhianati oleh sahabatnya itu.

Tangkap layar luahan Aiza di TikTok.

Mana tidaknya, dia sendiri terpaksa menebus kembali barang kemas yang telah digadai dengan nilai mencecah RM10,000.

"Selepas sembilan bulan saya gadaikan gelang semata-mata sebab nak tolong kawan.

"Saya kena tebus balik semula. Salah saya ke nak tolong kawan? Nak tolong kawan yang dalam kesusahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap ‘update’ status senang-lenang keluar dengan pakwe... Tapi ‘blocked’ kawan sendiri sebab tak bayar hutang, pakej ugut saman!

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan kerja gomen cerai-berai gara-gara hutang! Terpengaruh budaya tunjuk hidup mewah sesama ‘officemate’

"Saya kumpul duit. Bodoh sangat ke saya tolong orang? Atau saya tolong orang yang salah," katanya dalam video sambil mengalirkan air mata.

Jelas Aiza, selain perlu menebus sendiri emas yang digadai bernilai RM9,072.65 dia juga perlu membayar kadar faedah selama enam bulan pertama sejumlah RM500 kepada kedai pajak gadai.

Tambahnya lagi, walaupun terpaksa menebus barang kemas sebelum hutang dilangsaikan, dia sama sekali tidak menyalahkan sahabatnya itu.

Malah dalam hantaran video kedua, dia menganggap segala kesulitan dalam hidupnya merupakan ujian Allah.

Dia cuba nak bayar tapi tak mampu nak bayar tapi inilah dugaan saya dan dia.

AIZA

"Kita nak membantu orang tapi orang tu hanya menyusahkan kita. Allah nak duga saya ke ni? Adakah saya mampu ke tolong dia ni?

"Bagi saya, kalau tak ada duit, tak payah tolong sampai nak bergolok bergadai tolong kawan tapi kesudahannya macam ni.

"Dia cuba nak bayar tapi tak mampu nak bayar tapi inilah dugaan saya dan dia. Balik kepada Allah dengan banyakkan berdoa minta ampun dan dilapangkan segala kesulitan," katanya lagi.

Setelah video dikongsikan tular, ramai yang bersimpati dengan nasib wanita ini serta menasihatinya supaya buat baik berpada-pada.

Di penghujung video, dia turut memaklumkan bahawa masih terdapat tiga lagi surat gadaian yang belum ditebus serta meminta orang ramai mendoakan dirinya.

Komen netizen di TikTok.

"Ambil pengajaran sis. Jangan bergantung pada manusia dan jangan biar manusia bergantung kepada kita. Baik berpada-pada.

"Biasanya orang yang baik akan terus diuji. Sabar sis. Saya pernah rasa macam sis rasa.

"Menangis bukan sebab duit sebenarnya. Sedih tu lebih kepada dikhianati orang kita sayang dan percaya," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain