SEBUT sahaja isteri kedua pasti masyarakat akan membayangkan isu kecurangan atau poligami. Mana tidaknya, pelbagai isu rumah tangga sering terpapar di media sosial yang menjadikan 'orang ketiga' sebagai punca utama masalah yang dialami dalam perkahwinan. Malah golongan ini sering menjadi mangsa kecaman masyarakat serta warga maya apabila isu-isu berkaitan kecurangan didedahkan. Ciapan asal yang dibuat berhubung video seorang wanita yang mengaku sebagai 'penyondol'. Bagaimanapun, baru-baru ini tular video seorang wanita yang menyatakan dia tidak dapat mengikut 'trend' di media sosial kerana statusnya sebagai isteri kedua. "Tak boleh join trend ni sebab kita yang 'kaki sondol'," katanya beserta emoji ketawa dalam posting yang dibuat di media sosial. Sondol atau penyondol adalah ungkapan yang digunakan dalam masyarakat hari ini untuk wanita yang bertindak mengganggu suami orang. Luahannya itu bagai mengundang kumpulan isteri kedua tampil memberi komen dan menafikan mereka bukanlah 'penyondol' seperti tohmahan yang sering dilemparkan. ARTIKEL BERKAITAN: Beri izin tapi gagal bertahan! Isteri cuba sedaya upaya terima poligami dan madu akhirnya undur diri, kini hidup lebih tenang ARTIKEL BERKAITAN: “Kami madu berempat elok je” - Sendiri dah terkena! Isteri kedua minta wanita jangan over benci poligami, takut ‘makan diri’ Sebaliknya, suami orang yang didakwa mencari dan melayan mereka sehingga terjalinnya perhubungan. "Jangan cakap macam tu, kita tak sondol tapi laki (suami) dia yang cari dan layan kita. "Okay yang ini aku sokong! "Sama, aku sondol sampai naik pelamin," ujar beberapa warga maya. Cara kenal penyondol. Tudung bawal simpang ikat belakang, seluar track garisan merah atau legging, make up cracked blusher, gincu merah kedai jamu. PELAYAR TWITTER Pengakuan tersebut membuatkan ramai yang berasa kurang senang sehingga ada yang berkongsikan tangkap layar video dan komentar tersebut di laman Twitter. Bukan itu sahaja, pelayar Twitter terbabit juga menyifatkan perbuatan wanita di dalam video berkenaan sebagai memalukan. "Malunya jadi perempuan murah," ciapnya ringkas. Pelayar Twitter meninggalkan reaksi kurang senang dengan perkongsian berkenaan. Mana tidaknya, menerusi ruangan komen dia mengakui pernah dicurangi oleh suami dan wanita kedua tersebut sering membuat hantaran sedih di laman sosial. "Saya pun pernah dicurangi, kemudian perempuan tu yang asyik up tweet sedih-sedih. Memang macam tu 'modal' mereka, sendiri pilih pasangan orang dan sendiri yang sakit hati," tambahnya. Perkongsiannya itu turut mengundang pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakan wanita meluahkan rasa geram dan marah terhadap pemilik video berkenaan. Netizen lelaki juga tampil memberikan pandangan masing-masing dengan menyifatkan golongan yang sinonim dengan penyondol itu sebagai 'murah' kerana 'memberi' secara percuma (menawarkan diri). "Kau menjual, dia nak membeli. Kalau dia nak beli tapi kau tak jual, tak akan jadi transaksi... tapi sekarang bukan jual, kau bagi percuma. "Cara kenal penyondol. Tudung bawal simpang ikat belakang, seluar track garisan merah atau legging, make up cracked blusher, gincu merah kedai jamu, perfume sakit hidung dan selipar songkok tali nipis. "Biasanya lelaki orang suka sebab dia tengok perempuan ni mudah nak dapat tapi mereka ni rasa diri hebat, hakikatnya diri tu murah sebab langau hinggap," komen beberapa pelayar Twitter lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube