VIDEO tular menunjukkan seorang kanak-kanak istimewa di sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) menggunakan papan selaju (skate board) untuk bergerak mengundang sebak netizen. Melihat kegigihan anak kurang upaya itu, Umar, yang bersusah payah menolak papan selaju itu membuatkan seorang skateboarder, Muhammad Zulkahiry Mohd Nor tergerak hati untuk memberikannya papan selaju baharu. Ketika dihubungi mStar, dia menceritakan semula kisah di sebalik video kegembiraan Umar selepas menerima hadiah tersebut yang dikongsikan dalam satu hantaran pada Selasa. Umar kelihatan ceria menerima skateboard baharu. "Saya boleh tahu mengenai adik Umar ni selepas isteri tunjukkan video dia dibantu oleh kawan-kawan di sekolah untuk berjalan. "Sebagai seorang yang menjual dan main skateboard, rasa serba salah pula kalau tak bantu dia. Sekurang-kurangnya dengan adanya skateboard baharu boleh bantu pergerakan hariannya. "Saya nak beri yang baharu yang lebih selesa selepas tengok dia guna skateboard lusuh dan lama. Jadi saya pun cuba dapatkan nombor telefon cikgu yang post video tu selepas viral di TikTok," jelasnya yang mesra disapa Zul. ARTIKEL BERKAITAN: Kereta rosak tak ada siapa tolong, pemilik MPV ‘belajar sesuatu’ sebelum ketawa sendiri... orang tak disangka yang sudi bantu ARTIKEL BERKAITAN: Rider dapat rezeki luar biasa selepas baiki basikal kanak-kanak istimewa nak ke surau - “Tak mudah orang nak bagi sebanyak tu” Menurut bapa kepada dua cahaya mata ini, dia berasa pilu melihat keadaan Umar memandangkan dia sendiri memiliki anak kurang upaya berusia dua bulan. Setelah hadiah disiapkan dan dibungkus dengan bantuan beberapa rakan niaga, dia membuat penghantaran dari kedainya di Kuantan, Pahang ke kediaman Umar di Pulau Pinang. Bagaimanapun, Zul yang berasal dari Kuantan enggan berkongsi kos untuk menyiapkan papan selaju itu. "Saya pun ada anak istimewa. Anak saya menghidap hidrocefalus (penyakit kepala membesar). Jadi hati seorang bapa mudah tersentuh bila tengok adik Umar sanggup menuntut ilmu naik skateboard. Saya nak pergi melawat dan berjumpa adik Umar sendiri bila anak saya dah boleh dibawa berjalan ke Pulau Pinang nanti. MUHAMMAD ZULKAHIRY “Saya beli grip tape jenis getah supaya dia lebih selesa nak guna berbanding alas kertas pasir biasa. Sebenarnya tape tu saya dah tak ada stok kena order dari luar negara. “Nasib baik ada kawan masih simpan jadi saya beli daripada dia. Ada dua orang lagi rakan saya, Fuad dan Hafiz yang beri sumbangan dan tolong siapkan sebab tu cepat siap,” ujarnya lagi. Dia yang sudah berumah tangga lebih lima tahun, berharap dapat berjumpa dengan Umar sekiranya berkesempatan. Zul yang sudah mengusahakan perniagaannya Shifty Skateshop selama tiga tahun berkata, ini bukanlah kali pertama dia membantu insan yang memerlukan. “Jika diizinkan Allah, saya nak pergi melawat dan berjumpa adik Umar sendiri bila anak saya dah boleh dibawa berjalan ke Pulau Pinang nanti. Zul merupakan pengusaha papan selaju di Kuantan, Pahang. “Memang saya terharu sangat tengok video yang dikongsikan adik Umar selepas dapat skateboard tu. Saya tak mengharapkan balasan cuma minta doakan saya sentiasa dimurahkan rezeki. “Sebelum ni saya memang support kalau ada orang minat main skateboard dekat Kuantan ni. Kalau nampak ada progres, saya akan bagi apa-apa produk saya jual untuk beri galakan,” katanya. Terdahulu, tular rakaman video mengenai kecekalan Umar yang dikongsikan oleh seorang gurunya. Dalam video tersebut, kelihatan Umar yang tiada sebelah kaki dibantu rakan-rakan untuk menggunakan skateboard yang dijadikan alat bantuan untuk bergerak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube