suria

Sisa binaan humban dalam tong sampah awam, jimat duit tak payah guna tong roro! Pengutip sampah bidas owner rumah

Pengutip sampah kecewa dengan sikap sambil lewa sesetengah pemilik rumah. -Gambar hiasan (kanan)

BEKERJA sebagai buruh kasar bukannya mudah dan memerlukan kesabaran untuk menghadapi cabaran di lapangan.

Lebih merumitkan apabila seseorang itu perlu berdepan dengan kerenah manusia yang pelbagai ragam.

Begitulah kisah pengutip sampah ini yang panas hati dengan sikap seorang pemilik rumah di satu kawasan yang tidak dinyatakan lokasinya.

Perkongsian asal di TikTok.

Melalui satu video tular di TikTok, lelaki tersebut kecewa kerana pemilik rumah berkenaan melupuskan sisa projek pembinaan ke dalam tong sampah sisa pepejal biasa.

Tong sampah berwarna hijau gelap itu sepatutnya hanya menempatkan bahan buangan domestik seperti sisa-sisa dapur, namun dalam video itu dapat dilihat ada dibuang kepingan konkrit dan plastik.

"Tolong la masyarakat jangan buat perangai macam ni dekat pekerja pengutip sampah. Ini sangat menyusahkan kami. Berat tau nak angkat tong macam ni untuk tolak dan tuang ke dalam lori sampah.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang tak kisah busuk! Umur 18 tahun kerja kutip sampah demi sara keluarga... Adik-adik merasa makan KFC, dapat ke sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak pandai, nak bagi anak pandai sikit” - Bapa perah keringat kerja kutip sampah, cari duit bayar yuran sekolah agama RM500

"Lagi satu boleh rosak dan pecah tong ni, sebab ia bukan direka bentuk untuk menampung sampah projek pembinaan. Kalau pecah tong tu, kami juga yang akan kena marah dengan penduduk.

"Geram sangat rasa, jenis ni memang suka pentingkan diri sendiri. Hentikanlah mentaliti murahan dan tak bermaruah macam ni. Kami hanya mahu mencari rezeki halal.

"Bukan minta simpati tapi hormatilah kerja kami," kata lelaki itu kecewa.

Kalau rumah tengah renovation, kena ada tong roro dekat depan rumah.

WARGA MAYA

Tambah lelaki itu lagi, dia mengakui dirinya juga tidak sempurna dan mempunyai kesilapan, namun dia mengharapkan masyarakat dapat memberikan kerjasama dalam soal ini.

"Kami akui kami tidak sempurna, ada melakukan kesilapan, tapi jangan buat kami begini. Tolong permudahkan kerja kami. Jangan la jadi masyarakat minda kelas ketiga," ujar lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya mendedahkan bahawa sisa binaan dari projek pengubahsuaian rumah tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah awam.

Tong roro sepatutnya disediakan untuk rumah yang sedang diubahsuai.

"Kalau rumah tengah renovation, kena ada tong roro dekat depan rumah. Satu kesalahan undang-undang untuk buang sampah binaan ke dalam tong hijau biasa. Patutnya boleh kompaun je.

"Ini mesti jenis kedekut nak keluarkan duit ambil tong roro, lepas tu susahkan orang. Rabak tong sampah biasa tu kalau nak simpan bahan buangan binaan.

"Benda senang je kalau ada tong sampah roro untuk renovation rumah, tapi pasal kedekut nak keluar duit terus jadi macam ni," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain