suria

“Bukan guna sebotol sos cili pun”- Pelanggan pakai kasut kilat baru balik kerja berang burger naik harga

Seorang pelanggan tak puas hati apabila peniaga menaikkan harga burger. -Gambar hiasan

KENAIKAN harga barang mentah hangat menjadi bualan ramai.

Berdepan situasi ini, sudah pasti pengguna dan peniaga makanan terutamanya yang paling terkesan.

Peniaga terpaksa menaikkan harga dalam usaha mereka mencari keuntungan dan menampung kos lain, manakala pelanggan pula perlu membayar lebih.

Seorang pemuda Hanizal Ruzlan melihat sendiri senario ini ketika dia sedang beratur untuk membeli burger di sebuah gerai yang tidak dinyatakan lokasi.

Katanya, salah seorang pelanggan yang bersama dengannya ketika itu mengeluh apabila mengetahui burger yang selalu dibeli telah naik harga.

"Masa saya beratur nak beli buger, ada seorang mamat ni dengan baju kemeja dan kasut berkilat, nampak gaya dia macam baru balik dari kerja pejabat.

Para pelanggan beratur untuk membeli burger di tepi jalan. -Gambar hiasan

"Mamat ni tengok senarai harga buger sambil berkata, mahalnya harga sekarang, minggu lepas baru RM2 je burger biasa, sekarang dah naik 50 sen.

"Penjual buger sambil goreng daging buger tu jawab, kami terpaksa naikkan harga sebab barang mentah banyak naik harga sekarang," ujarnya menceritakan semula perbualan di antara peniaga dan lelaki itu.

Selepas mendengar penjelasan peniaga, lelaki tersebut nampaknya masih tidak berpuas hati dan menganggap alasan yang diberikan tidak munasabah.

"Mamat tu buat muka tak puas hati dan dia teriak lagi, sos cili baru naik 20 sen sebotol, sebiji burger bukan guna sebotol sos cili tu pun," ceritanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak ‘bau burger’ di sekolah kini belajar di New York! Tak peduli rakan perlekeh impian, sanggup tebal muka minta tip daripada 58 alumni

ARTIKEL BERKAITAN: Makan tak puas! Pelanggan geram peniaga R&R jual burger RM3 tak cukup sifat... Suruh naik harga asalkan ada timun dan mayonis

Mendengar kata-kata lelaki itu membuatkan Hanizal berasa hairan kerana restoran atau premis makan lain turut menaikkan harga, malah menjual pada harga yang jauh lebih mahal.

"Kadang kala saya pelik tengok orang yang bising fasal harga pada penjual tepi jalan, padahal di Facebook dia selalu upload makan burger di McDonalds, KFC (Kentucky Fried Chicken) yang mahal berganda tu tanpa complaint harga dan siap berbangga kongsi gambar.

RM2 tu kira murah. Tempat saya jual burger ayam dah naik harga RM4.

NETIZEN

"Harga air kopi di kedai makan dekat kampung naik 20 sen dari RM1.50 dia kecoh satu dunia di Facebook. Yang dia minum di Starbucks harga kopi berbelas ringgit tu dia siap boleh berbangga lagi upload gambar," katanya.

Memahami situasi peniaga, kata Hanizal, mereka terpaksa berbuat demikian demi menaikkan gaji sendiri, membayar upah pekerja juga untuk berbelanja barang keperluan harian diri dan keluarga.

"Jadi tak perlulah nak bising kalau lepas bertahun dia naikkan harga sikit.

"Apa salahnya anda semua yang bergaji besar tu tolong support mereka yang berniaga kecil-kecilan ni.

"Dia mencari rezeki yang halal, bukan dia mencuri dan menyusahkan orang lain," jelasnya lagi.

Antara komen netizen pada hantaran di Facebook.

Untuk rekod, posting tersebut menjadi tular sehingga menerima lebih 1,500 tanda suka serta lebih 150 perkongsian semula.

Malah, ramai warga maya turut bersetuju dengan harga baharu yang ditetapkan oleh peniaga burger tersebut.

"RM2 tu kira murah. Tempat saya jual burger ayam dah naik harga RM4.

"Kalau peniaga jalanan ni berniaga harga marhaen dan kualiti rasa terjaga dan sedap tolonglah pergi support. Kalau tak mampu beli dekat kedai tepi jalan janganlah beli.

"Dia tak tahu kami peniaga kecil-kecilan ni cukup bersusah-payah nak dapatkan pendapatan. Sehari nak dapat RM100 hingga RM200 pun susah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain