suria

Orang lain sopan, hadir KS2023 bawa semangat patriotik... Lelaki ini muncul berkemban - “Perosak acara jatuh kepada brother ni”

Ramai netizen menyelar tindakan pemuda ini yang dianggap mencemarkan acara Keretapi Sarong 2023.

ACARA Keretapi Sarong 2023 (KS2023) sempena sambutan Hari Malaysia menyaksikan kehadiran lebih 10,000 pengunjung di Dataran Merdeka pada Sabtu.

Namun, kemeriahan acara itu seolah-olah tercemar apabila seorang peserta lelaki tampil berkemban dengan kain batik.

Dia yang menutup bahu dengan sehelai tuala dilihat memegang lesung sambil bergambar secara terbuka di sebuah stesen MRT.

ks2

Ramai peserta hadir memeriahkan acara Keretapi Sarong 2023 (KS2023).

"Ingat main-main ke?" ciap pemuda itu menerusi hantaran foto di laman X pada Sabtu pagi.

Pada 12 September, lelaki itu pernah membuat ciapan bahawa dia akan tampil berkemban sekiranya hantaran di laman X menerima lebih 1,000 ulang kicau (retweet).

"1,000 retweet saya akan pakai macam ni Keretapi Sarong," ciapnya sambil berkongsi sekeping foto lelaki sedang berkemban memakai kain batik.

Beria nak buat lawak, nak buat orang ketawa sampai membodohkan akal dan tak fikir maruah diri.

NETIZEN

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyuarakan rasa kurang senang dengan tindakan pelaku yang dianggap tidak menghormati acara peringkat kebangsaan.

Malah, netizen risau sekiranya acara berkenaan tidak lagi diteruskan pada masa akan datang gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab segelintir peserta.

"Sebab tu banyak ketawa bukan sifat mukmin. Beria nak buat lawak, nak buat orang ketawa sampai membodohkan akal dan tak fikir maruah diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup tengok wanita berkemban, pakai boxer keluar ambil barang... Pekerja kurier berkira-kira nak resign, enggan tanggung dosa

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kongsi hotel dengan rakan sekerja resah nak mandi dalam bilik air kaca... Netizen usik suruh berkemban!

"Ada banyak cara nak memartabatkan sarung. Ini bukan caranya. Silap hari bulan, isu jadi tular tahun depan penganjur terus tak dapat permit atas kelakuan aneh sesetengah peserta.

"Orang buat acara sebegitu untuk memartabatkan dan menyanjungi budaya yang berwarna-warni dan murni. Datang si polan ini, habis jahanam segala murni dan suci.

"Kaki perosak acara jatuh kepada brother ni. Demi clout sanggup rosakkan acara," tulis beberapa netizen.

ks4

Pemuda itu memberi bayangan untuk berkemban sejak 12 September.

Namun, segelintir individu dilihat memberikan komen positif dan terhibur dengan gaya bersahaja pemuda itu.

Untuk rekod, KS2023 menampilkan tema 'Memperkasa Semangat Perpaduan Menerusi Kepelbagaian Etnik Rakyat Malaysia' dan penganjurannya sudah memasuki tahun ketujuh.

Penganjuran acara ini menjadi medium untuk mempromosikan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dalam meraikan sambutan Hari Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain