suria

Pemilik BMW baik hati ‘dianiaya’ mat motor! Setuju ‘settle tepi’ selepas kemalangan, tiba-tiba dapat surat lawyer

Pemilik BMW terkejut terima panggilan daripada peguam berhubung kemalangan. -Gambar hiasan The Star

BAGI sesetengah individu, 'settle (selesai) tepi' selepas kemalangan dianggap lebih memudahkan urusan berbanding mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang.

Namun terdapat kes yang mana ada individu bersikap tidak jujur apabila tiba-tiba membuat laporan polis berhubung kemalangan walaupun pada awalnya telah sepakat untuk tidak melibatkan pihak berkuasa.

Seperti yang dikongsikan seorang wanita, situasi ini turut berlaku kepada majikannya baru-baru ini.

Ciapan asal yang dibuat pelayar Twitter tentang kemalangan majikannya.

Ciapan asal yang dibuat pelayar Twitter tentang kemalangan majikannya.

Menurutnya, ketika kejadian, kereta jenis BMW yang dipandu oleh pemandunnya telah terbabit kemalangan apabila dilanggar seorang penunggang motosikal.

Disebabkan tidak mempunyai cukai jalan dan insurans, penunggang motor terbabit meminta supaya mereka dapat menyelesaikan kes itu serta merta tanpa membuat laporan polis sambil menyatakan dirinya orang susah.

"Bos saya pakai pemandu. Motosikal langgar kereta BMW dia dan selepas tahu tak ada cukai jalan dan insurans, dia merayu-rayu konon susah.

ARTIKEL BERKAITAN: Mantap IO trafik IPD Kangar! Sanggup datang rumah ambil keterangan kemalangan, prihatin mangsa patah rusuk tak boleh ‘claim’ insurans

ARTIKEL BERKAITAN: Abang polis kacak berangan nak jadi model sebab ‘confident level’ tinggi, ramai wanita order baju bundle selepas buat live di TikTok

"Jadi bos kata tak apa dan dia settle sendiri tak lapor polis," ciapnya.

Bagaimanpaun selepas beberapa bulan kejadian tersebut, majikannya dikejutkan dengan satu panggilan daripada peguam berhubung saman kes kemalangan tersebut.

Bukan itu sahaja, penunggang terbabit turut menyatakan saman itu bagi menuntut bayaran untuk kecederaan yang dialami kerana tidak boleh bekerja.

Sebab tu kena buat laporan polis dalam tempoh 24 jam, nanti akan ada 'kaki pusing'.

WARGA MAYA

"Tiba-tiba dapat panggilan daripada lawyer nak saman sebab kecederaan tak boleh kerja," tambahnya lagi.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya dan kebanyakannya menyatakan penunggang terbabit telah membuat laporan polis berhubung kemalangan yang berlaku.

Malah ada yang menyatakan 'settle tepi' adalah salah satu penipuan yang sering dilakukan kebanyakan penunggang motosikal.

Penunggang terbabit menyatakan telah mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut sehingga tidak dapat bekerja. -Gambar hiasan The Star

Penunggang motosikal lebih terdedah kepada bahaya kemalangan -Gambar hiasan The Star

"Penunggang motosikal tu buat laporan sendirian... selalu jadi kes macam ni kalau selesai luar, terutama apabila dia ada kecederaan.

"Sebab tu kena buat laporan polis dalam tempoh 24 jam, nanti akan ada 'kaki pusing'... lagi baik kalau ada bukti dashcam.

"Mungkin dia nak selesai sendiri saja tapi disebabkan tak boleh kerja terpaksa lapor polis sebab nak claim SOCSO (Skim Bencana Pekerjaan).

"Kawan aku pernah kena langgar dengan orang Singapura yang tak ada lesen, siap bagi duit tepi. Sekali dia dapat surat peguam nak saman sebab orang tu cakap kena langgar," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain