suria

Anak ‘ajar’ penjual Pakistan datang rumah nak kutip hutang, ibu jadi mangsa paksa beli - “Orang tua boleh kau gula-gulakan”

Kain batik dipulangkan kepada penjual Pakistan terbabit.

PENIAGA akan sentiasa berusaha menarik perhatian pelanggan bagi membeli produk mereka, sama ada berniaga di premis atau secara online.

Malah bagi menggalakkan pembelian, sesetengah mereka sanggup mengambil risiko dengan menyediakan kaedah bayaran secara ansuran.

Bagaimanapun, tindakan memaksa beli tidak seharusnya berlaku seperti yang terpapar dalam video tular baru-baru ini.

Tangkap layar perkongsian yang dibuatnya.

Tangkap layar perkongsian yang dibuatnya.

Menjelaskan situasi tersebut, pemilik akaun Besi Hitam Official berkata peniaga yang merupakan warga Pakistan datang ke rumahnya dan telah meninggalkan barangan jualan seolah-olah ia telah dipersetujui untuk pembelian.

“Modus operandi dia padu... orang tak mahu beli, dia tinggalkan barang di rumah,” luahnya.

Menurut lelaki ini, pada masa kejadian, hanya ibunya seorang berada di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat perangai macam di negara sendiri, warga asing bebas bela ayam di taman perumahan! Jiran stres kena hadap bau tahi

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja asing tergesa-gesa isi minyak, tanya tak jawab tiba-tiba lesap! Rupanya nak solat awal, siap bersihkan dulu surau

Ibunya sudah menolak kain batik yang dijual dengan cara baik, namun peniaga tersebut seolah-olah tidak memahami 'penolakan' tersebut dan terus meninggalkan kain batik yang dibungkus dalam plastik di halaman rumah.

“Mak aku cakap dalam rumah tak ada orang pakai kain batik, anak semua lelaki. Tapi dia paksa juga mak aku ambil walaupun dah cakap tak ada duit.

“Dia siap cakap seringgit (RM1) sebulan pun diterima. Tapi mak aku tolak juga dengan baik.

Ayah aku kena pada tahun 1996. Dia tinggalkan karpet, kemudian kena cakar kucing dan dia paksa suruh bayar.

WARGA MAYA

“Dia letak enam helai kain batik dalam plastik dan larikan diri. Tercengang mak aku sebab tak tahu nak buat apa, akhirnya mak pun tinggalkan bungkusan tu kat luar sehingga seminggu,” katanya lagi.

Selepas beberapa minggu, peniaga tersebut datang semula bertujuan untuk mengutip bayaran ansuran..

Dia yang kebetulan berada di rumah pada masa itu segera memulangkan semula bungkusan plastik berisi enam helai kain batik berkenaan.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Tindakannya itu membuatkan wajah peniaga tersebut bertukar masam sebelum berlalu pergi dengan motosikalnya yang sarat barangan.

“Orang tua boleh kau gula-gulakan. Sekali bagi muka, berkali-kali kau datang... bawa rakan taulan.

“Ada yang akan back-up Pakistan ni, kesian dia cari makan. Kat mak aku tak ada pula yang kesian sebab kena paksa beli,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut berkongsikan pengalaman pernah berdepan dengan penjual warga Pakistan seperti itu.

Bahkan ada yang bersikap biadab dan menuntut ganti rugi atas kerosakan yang dialami meskipun ia terjadi disebabkan kesalahan sendiri.

“Dari dulu lagi mereka buat macam ni, pernah tinggal karpet kat mak... sekali arwah abah keluar angkat parang panjang, sampai sekarang tak berani datang.

“Saya pernah halau sebab kebetulan balik kampung. Mak tak sempat pun nak jawab.

“Ayah aku kena pada tahun 1996. Dia tinggalkan karpet, kemudian kena cakar kucing dan dia paksa suruh bayar. Ayah aku keluarkan parang, terus lari tak cukup tanah,” ujar beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain