suria

Santai-santai pakai seluar pendek cari kerja... Ramai back up 3 anak muda tular, sekurang-kurangnya ada usaha

Iklan jawatan kosong yang sering terpampang di premis F&B mendorong remaja tampil memohon. -Gambar hiasan The Star

KESUKARAN mendapatkan pekerjaan menyebabkan sektor makanan dan minuman (F&B) menjadi tumpuan pencari kerja.

Selain menjadi tapak untuk golongan graduan mencari pengalaman, remaja yang telah tamat persekolahan turut menceburi bidang ini bagi mendapatkan duit poket.

Mungkin disebabkan corak kerja yang santai dan dikunjungi pelbagai lapisan pelanggan, ramai yang mengabaikan etika pemakaian ketika datang memohon jawatan yang diiklankan.

Seperti gambar tular ini, tiga remaja dengan dua daripadanya berseluar pendek dilihat memohon kerja di sebuah restoran makanan segera.

Ciapan asal yang dibuat seorang pelayar X.

Ciapan asal yang dibuat seorang pelayar X.

Pemakaian yang santai itu membuatkan seorang individu seolah-olah mempersoalkan tentang etika dan adab generasi masa kini yang dikatakan tidak sopan ketika memohon kerja.

“Anak zaman sekarang minta kerja,” ciapnya ringkas di samping emoji ketawa.

Hantaran yang dibuatnya itu kemudian dikongsikan seorang pelayar X yang menyifatkan individu tersebut tidak memahami situasi semasa ketiga-tiga remaja berkenaan.

“Apa masalahnya... bukan dia pergi cari kerja pejabat. Lagipun mungkin masa dia keluar berjalan-jalan tu ternampak ada kerja kosong dan terus bertanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama menganggur, siswazah nak sambung belajar lari dari masalah! Tak fikir mak ayah kena tanggung kos - “Awak fikir ada master boleh dapat kerja?”

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM nak minta kerja tapi biadab, ‘menjawab’ disuruh beri resume - “Saya bukan apply HR atau akauntan”

“Tak kan dia nak balik rumah tukar pakaian dan datang semula... budak-budak tu cari kerja pun dah elok,” katanya.

Malah lelaki ini turut menyatakan remaja tersebut sekadar bertanya tentang kekosongan jawatan sahaja dan mereka boleh menetapkan satu tarikh lain untuk sesi temuduga.

“Tanya terus dan nanti set masa datang balik untuk temuduga... pakai elok sikit.

“Saya dulu pun mula kerja di pusat beli belah dapat kerja macam ni juga... jalan-jalan nampak iklan dan terus tanya staf dalam tu, dapat juga kerja,” tambahnya lagi.

Kalau tengok luaran, geng scammer pun lagi kemas pakaiannya sebab tu kau orang mudah kena tipu.

WARGA MAYA

Perkongsiannya itu membuatkan warga maya tampil dengan pandangan masing-masing.

Mana tidaknya, sesetengah daripada mereka beranggapan cara pemakaian tiga remaja itu tidak sesuai ketika bertanyakan kerja kosong yang diiklankan.

Ada pula yang menyatakan pencari kerja sepatutnya sentiasa bersedia dengan pakaian kemas dan sopan supaya dapat terus ditemuduga jika terjumpa iklan jawatan kosong.

Presentable sikit kalau niat nak cari kerja. Tak apalah cuba lain kali.

Warga maya memberikan komen positif terhadap usaha tiga remaja terbabit.

Warga maya memberikan komen positif terhadap usaha tiga remaja terbabit.

“Kenapa perlu tunggu kerja pejabat baru nak pakai elok-elok?

“Dulu cari kerja F&B pun saya pakai kemeja sebab ayah bising pakai baju biasa,” kata beberapa warga maya.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang berfikiran positif dan menyokong tindakan ketiga-tiga remaja berkenaan yang ingin mencari pekerjaan sambilan.

“Okay tu sekurang-kurangnya ada usaha nak cari kerja, lainlah syarikat memang siap bagi surat tawaran suruh datang temuduga tapi datang pakai macam tu.

Since decade ago memang pakai macam ni... habis sekolah, ramai-ramai walk in retail cari kerja. Ada iklan, masuk tanya kekosongan, kalau tak ada iklan teruskan jalan-jalan.

“Kalau tengok luaran, geng scammer pun lagi kemas pakaiannya sebab tu kau orang mudah kena tipu... sebab tengok luaran.

“Patutnya sokong dan salute anak-anak muda yang ikhtiar cari kerja, tapi dimalukan pula dengan cemuh cara berpakaian,” ujar segelintir netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain