PUKAU adalah kegiatan jenayah secara 'halus' yang mana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Berdasarkan pengalaman-pengalaman yang dikongsi sebelum ini, mangsa digambarkan dihipnosis untuk secara sukarela menyerahkan wang atau barang berharga yang dimilikinya. Modus operandi pukau dikatakan sangat licik kerana dikaitkan dengan penggunaan ilmu hitam yang menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri. Beberapa kejadian pukau yang berjaya dirakam di Rome, Itali. Namun, siapa sangka, amalan pukau ini tidak hanya berlaku di Malaysia sahaja malah turut berleluasa di benua Eropah. Melalui satu perkongsian di TikTok, seorang gadis warganegara Malaysia yang mesra disapa Nini tergamam ketika sedang bercuti di Rome, Itali apabila dia mendakwa melihat secara terus bagaimana kegiatan pukau dijalankan. Dalam videonya itu, Nini dan rakannya sempat merakam dari jauh bagaimana seorang pelancong membiarkan lelaki 'awang hitam' secara terang-terangan mencuri duit dari dompetnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Ustazah, saya bukan reka cerita” - Wanita meraung disihir, kemaluan rasa terbakar... Bersungguh beritahu mentua guna darah haid ARTIKEL BERKAITAN: Bapa derita terkena sihir cucuk mata ikan, 14 tahun jadi orang buta! Anak perempuan buka cerita gara-gara video pimpin ke masjid tular "Kami sekarang dekat kawasan tumpuan pelancong di tapak bersejarah Colosseum, tempat ni bahaya sangat sebab banyak scammers dan orang yang pukau. "Tadi depan mata kami baru jadi. Cara dia, mereka ni akan cuba dekati kita dan jadi friendly dengan tanya soalan macam kita asal mana. Kalau kita layan, mereka ni akan berikan kita tangkal untuk kita tengok. "Lepas tu mereka akan pegang tangan kita, kalau kita tarik pun dia tak akan lepaskan. Kemudian mereka akan minta kita buka wallet, nak tengok ada berapa dalam tu, nak tengok warna duit yang kita ada. Bukan hanya di Malaysia, dekat sana pun ada ilmu bomoh rupanya. WARGA MAYA "Apabila kita dah buka dompet, mereka akan ambil satu demi satu duit kita. Tapi dia bijak, dia tak ambil semua duit tu, dia ambil beberapa je dan kemudian dia lepaskan kita," kata Nini memberi peringatan. Menurut Nini lagi, si pelaku hanya memerlukan tumpuan dan pemerhatian mangsa untuk menyempurnakan ilmu pukau tersebut. "Teknik dia senang je, dengan berbekalkan ayat-ayat manis, macam contoh dia cakap, ambil hadiah (tangkal) ni sebab saya suka berkawan dengan orang dari negara awak. Kalau kita ambil, memang habis. "Lepas dah selesai pukau dan curi duit kita, dia akan ambil semula tangkal tu. Jadi pentingnya kalau bercuti dekat mana-mana, jangan mudah percaya orang. Nini (kanan) dan rakannya berkongsikan kisah kejadian pukau di Rome, Itali. "Lebih baik kita buat sombong je dari kita kena pukau," ujar Nini. Tambah Nini, dia dan rakannya juga mendapati sindiket pukau tersebut turut bergiat aktif di sekitar kawasan tarikan pelancong di Vatican City, Itali. "Mereka ni memang ramai dekat sini. Depan mata je boleh ambil duit kita. Orang yang sama, muslihat yang sama," kata Nini terkedu. Menjengah ke ruangan komen, sesetengah warga maya mempersoalan mengapa Nini tidak cuba membantu mangsa kejadian pukau yang berlaku di hadapan matanya. Sebahagian komen warga maya. "La kenapa tak cuba halang sis, kesian abang tu duit dia dah melayang macam tu je," kata seorang warga maya. Warga maya yang lain bagaimanapun menyokong keputusan Nini untuk tidak bertindak secara melulu memandangkan dia berada di negara asing. "Mamat yang pukau tu nampak besar dan sado, kalau cuba tegur mahu dihempuknya kita terus. Bukan masa untuk tunjuk hero. "Ambil pengajaran dari sini, jangan cakap dengan sesiapa pun yang cuba dekati kita kalau di luar negara. Tempat Colosseum ni memang ramai pemukau. "Saya pernah pergi tahun 2016, dan saya juga antara yang jadi mangsa. Bukan hanya di Malaysia, dekat sana pun ada ilmu bomoh rupanya," kata sebahagian warga maya berkongsi pengalaman. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube