suria

Pekerja kurier gelabah pelanggan COD ‘complain’ baki tak cukup, risau amanah kerja - “Aku bukannya berkira cuma nak tahu”

Kesilapan pulangan duit baki sering berlaku ketika proses COD. -Gambar hiasan

BEKERJA di lapangan sebagai seorang petugas kurier pastinya menguji kesabaran.

Mereka perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan selain harus mengejar masa untuk membuat penghantaran ke serata tempat.

Namun kita sering juga mendengar rungutan pelanggan tentang sikap segelintir pekerja penghantaran yang bersikap sambil lewa dalam menjalankan tugas.

Pekerja kurier perlu berjiwa kental untuk menghadapi rintangan. -Gambar hiasan

Bagaimanapun lain kisahnya untuk seorang pekerja kurier ini apabila dia sanggup meletakkan diri dalam kesusahan semata-mata untuk berlaku jujur dengan pelanggan.

Melalui satu perkongsian di TikTok, segalanya bermula apabila pekerja kurier berkenaan dikatakan tersalah memulangkan duit baki setelah selesai menghantar bungkusan cash on delivery (COD).

"Petang tadi abang parcel hantar barang, kemudian adik aku keluar bayar parcel COD. Adik aku bagi RM50 kepada abang tu, dipulangnya baki RM22.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghantar kurier ditawar RM17.50 buang botol kaca lama dalam sungai, tapi bersyarat... Kena pandai baca ayat al-Quran

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup tengok wanita berkemban, pakai boxer keluar ambil barang... Pekerja kurier berkira-kira nak resign, enggan tanggung dosa

"Apabila adik bagi duit baki, aku pelik. Kenapa dapat RM22 je sedangkan parcel yang aku beli harga RM23. RM50 tolak RM23, sepatutnya baki yang betul RM27 la kan, terkurang RM5.

"Aku pun cuba hubungi abang tu nak minta kepastian, aku bukannya berkira cuma nak tahu betul ke dia bagi baki banyak tu. Abang tu jawab dan akui kesilapan dia.

"Katanya mungkin salah bagi sebab dia nak cepat," jelas pelanggan itu.

Kalau beli barang COD, saya akan lebihkan dalam RM 2 atau RM3, genapkan terus.

WARGA MAYA

Babak yang menyusul membuatkan pelanggan tersebut tersentuh hati dan mengubah perspektifnya ke atas pekerja kurier.

"Abang tu dia cakap nak datang balik pulang lebihan baki, aku cakap tak apa, kalau dah jauh dari rumah, aku halalkan je. Aku tak kisah sangat pun tentang RM5 tu. Tapi abang tu cakap tak boleh.

"Sebab katanya dia kerja dan dia kena jujur. Rasa kesian pula abang tu nak kena datang balik semata nak pulangkan baki RM5. Aku dah cakap tak apa tapi abang tu nekad juga sebab dia rasa bersalah.

"Jadi lepas aku dengan dia cuba bincang, abang tu minta aku bagi kod QR untuk transfer duit tu. Selesai, tak susahkan abang tu dan dia pun dah tak rasa bersalah.

Sebahagian komen warga maya.

"Dari awal sampai habis, abang tu tak berhenti-henti minta maaf. Dari sini aku belajar yang sifat kejujuran ni penting dan untuk mengakui kesilapan sendiri," ujar pelanggan itu menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman mereka bagi pembelian COD.

"Biasa saya kalau beli barang pakai COD, saya akan lebihkan dalam RM 2 atau RM3, genapkan terus. Senang pekerja kurier tak perlu bagi baki. Contohnya kalau barang RM22, bagi je RM5.

"Bukan sekadar sedekah, tapi kita boleh juga anggap upah untuk penat lelah pekerja kurier tu," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain