suria

Nenek terpaling influencer! Wanita miliki 8 cucu masih melaram macam anak dara... Ramai cemburu tengok pinggang kerengga

Penampilan Habsah di majlis kahwin menjadi tular di media sosial.

KEHADIRAN ramai tetamu dalam sesebuah majlis perkahwinan pasti menjadikan ia lebih meriah.

Dalam kemeriahan itu pasti ada tetamu yang mencuri tumpuan hingga menjadi buah mulut ramai.

Seperti seorang wanita warga emas ini, dia menjadi bualan gara-gara penampilannya seperti anak dara.

Menerusi video yang tular, rata-rata netizen kagum dengan wajah wanita itu yang tidak dimamah usia, malah melabelkannya pempengaruh (influencer) di media sosial.

"Makcik ni influencer tahun 1960-an ke? Cantik lagi.

"Macam ni rupa influencer tua-tua nanti.

"Nenek ni lagi pandai stail tudung daripada aku yang pergi mana-mana pakai shawl," demikian antara komen netizen.

Nurfateha (kiri) bersama ibu (tengah) dan kakak.

Bercakap kepada mStar, anak kepada wanita itu, Nurfateha Yon berkata, dia tidak menyangka kunjungan ibunya yang berusia 61 tahun ke kenduri kahwin kenalannya di Taman Perling di Johor Bahru, Johor menjadi perhatian.

Wanita berusia 31 tahun itu memberitahu, ibunya, Habsah Isa tidak pernah aktif di media sosial, namun sangat mementingkan penampilan.

"Mak saya bukanlah infuencer. Datin pun bukan, mak hanyalah orang biasa-biasa... seorang suri rumah, ibu kepada empat orang anak dan nenek dengan lapan cucu.

"Kami anak-anak memang suka tengok mak berhias cantik. Mak sendiri yang menggayakannya, belajar daripada YouTube," katanya kepada mStar.

Nurfateha (kanan) bersama ibu sering dianggap sebagai kakak dan adik.

Mesra disapa Cik Fath, bekas model sambilan itu memberitahu ibunya sememangnya suka menjaga penampilan sejak muda.

"Daripada anak dara, berkahwin sehingga beranak cucu, itulah sifat semula jadi mak. Itulah kelebihan mak, pandai menjaga penampilan.

Saya memang jenis cantik memanjang dan suka melawa... ke kedai pun tetap bergincu dan mekap.

HABSAH ISA

"Sikap dia yang peramah dan ceria juga membuatkan mak mudah disenangi. Alhamdulillah, netizen pun ramai yang puji mak.

"Setiap kali saya keluar dengan mak, ramai yang sangka saya keluar dengan kakak," ujarnya yang berasal dari Johor.

Habsah sentiasa menjaga penampilan diri.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, antara lain keistimewaan ibunya adalah pakar memasak terutama laksa Johor, nasi briyani dan nasi tomato.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sweet’ cucu manja dengan nenek umur 93 tahun... Pandai mengaji, mahir tajwid! Dulu belajar al-Quran sebab nak dapat upah 50 sen

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan-kawan cucu ‘masuk air’, riuh-rendah datang beraya rumah nenek... Tapi si baju biru paling suka buat perangai!

Sementara itu, ibu Nurfatha iaitu Habsah turut terkejut dengan penerimaan netizen susulan video yang memaparkan dia bersama rakan-rakan di majlis kahwin tular.

"Saya terkejut apabila ramai netizen bercakap tentang saya. Mana-mana yang kata saya ni awet muda, saya anggap ini sebagai anugerah Allah.

"Selama ini apabila ke mana-mana, ramai tanya saya tentang tip kurus. Tak ada rahsia pun kecuali saya rajin mengikuti senamrobik dan hanya makan nasi sekali sehari," katanya.

Habsah (tengah) bersama anak-anak perempuan dan menantu.

Mengulas lanjut, Habsah yang lebih dikenali sebagai 'Kakak Cantik' di Johor berkata, dia tetap melaram meskipun hanya pergi ke kedai berdekatan.

"Saya memang jenis cantik memanjang dan suka melawa. Ke kedai pun tetap bergincu dan mekap. Bukan nak menunjuk, tapi penting menjaga penampilan dan menghias diri.

"Apapun, saya sentiasa pesan pada keluarga supaya ikhlas, jangan sombong dan bongkak, sentiasa bersedekah dan bersyukur kepada Allah," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain