DUGAAN ditempuhi seorang wanita bergelar ibu tunggal ini bukanlah calang-calang. Ketika dia masih lagi bersedih menerima hakikat kematian suami, Noor Hamizah Hang Tuah atau Melor diuji pula dengan kanser payudara triple-negative (TNBC) pada Ogos 2022. Perjalanan sebagai pejuang kanser turut dikongsikan wanita berusia 38 tahun ini menerusi laman TikTok yang mendapat perhatian ramai. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya kehilangan suami pada 10 Oktober 2021. Memang sedih dan pilu sangat masa tu. Tak lama lepas kematian suami, saya diuji dengan dengan kanser pula. "Saya didiagnos kanser bulan Ogos 2022 iaitu bulan kelahiran saya. Masa tu rasa ada ketulan dekat payudara. Saya ingat bengkak susu. "Tapi ada satu lagi ketulan saya jumpa iaitu dekat kelenjar bawah ketiak. Masa ni saya dah mula rasa macam ada sesuatu yang tak kena. ARTIKEL BERKAITAN: Hidup sihat selama 21 tahun, tiba-tiba didiagnos hidap kanser paru-paru stage 3! Siswa UiTM rasa terduduk, dunia jadi gelap ARTIKEL BERKAITAN: Adik mesej hidap kanser, kakak sangka gurauan! ‘Pergi’ lebih awal dari jangkaan... Pagi minta padam media sosial, malam meninggal "Saya pun pergi buat check up. Punca saya dapat kanser ni mungkin saluran susu tersumbat dan alami stress disorder sebab trauma kehilangan suami," ujarnya ketika dihubungi mStar. Dia yang kini menetap di Pahang bersama empat cahaya mata akur dengan takdir dan mula menjalani rawatan kemoterapi. Namun, luah Melor yang merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah menengah di Jengka, jauh di sudut hatinya dia berasa sedih apabila mengenangkan suaminya yang tidak lagi dapat menemani dirinya. Kanser bukan tiket untuk mati sebab 'syarat' untuk mati adalah hidup dan bernyawa. NOOR HAMIZAH "Bulan Oktober nanti saya akan jalani cycle kemoterapi yang kelima. Keadaan saya sangat lemah sebab kesan kemoterapi sesi keempat memang agak kuat sikit sampaikan saya demam. "Sejak hidap kanser ni banyak kesukaran saya hadapi. Ada banyak benda saya nak buat jadi terhad. Dulu ada suami teman setiap kali kena pergi ke mana-mana. "Sekarang semua saya kena hadapi seorang diri. Tengok orang lain datang buat rawatan suami teman. Ada memori bermain di benak fikiran sebab dulu saya pun macam tu. Sekarang tinggal saya seorang tanpa dia," ujarnya penuh sebak. Sebagaimana dikongsikan Melor di TikTok, video-video kisah hidupnya bertujuan untuk disimpan sebagai sebagai pejuang kanser. Melor tabah berjuang melawan kanser sendirian tanpa suami di sisi. Dalam beberapa hantarannya sebelum ini, Melor menceritakan mengenai kesan ubat yang diambil termasuklah kesan sampingan pengambilan morfin. "Selepas kemoterapi lidah saya mula rasa payau dan kebas. Makanan pun rasa logam dan tak sedap. InsyaAllah semua ni akan kembali seperti asal selepas habis rawatan. "Sebenarnya saya kongsikan mengenai perjalanan saya ni dengan harapan semoga ia bermanfaat untuk semua yang diuji nasib sama dengan saya. "Kanser bukan tiket untuk mati sebab 'syarat' untuk mati adalah hidup dan bernyawa. Jadi selagi ada peluang untuk kita ikhtiar dan berdoa semoga Allah izinkan kita sembuh," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube