suria

Tiba-tiba muncul individu dakwa beras plastik, gumpalan nasi lemak dibaling tak hancur... Netizen fikir lain, kenapa tak dibakar?

Pelanggan mendakwa terbeli nasi lemak diperbuat daripada beras plastik.

NAMPAKNYA topik mengenai beras hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Dalam kekecohan itu, timbul pula dakwaan seorang pengguna yang membeli nasi lemak.

Menerusi satu perkongsian video di laman sosial, lelaki berkenaan terbeli nasi lemak yang didakwanya beras yang digunakan adalah beras tiruan atau beras plastik.

nasi2

Tangkap layar video yang tular.

Rakaman itu menunjukkan dia menggumpalkan nasi menjadi bebola kecil, dan kemudian membuat demonstrasi dengan melemparkannya ke atas meja.

Dia terkejut apabila mendapati gumpalan nasi itu tidak hancur selepas dilemparkan.

"Hari ini saya nak tunjukkan macam mana saya dah terbeli nasi lemak yang menggunakan beras daripada plastik. Beras ni bukan beras betul tapi plastik.

"Jadi dapatlah makan ayam goreng je. Beras ni kalau digumpal, ia tak melekat kat tangan sebab dia plastik. Kalau digumpal, ia akan keras dan kalau dibaling pun ia tidak akan pecah.

"Saya dah cuba dua kali dah (tak hancur). Saya dah cuba dengan beras yang saya ada kat rumah, beza sangat. Tengok ni, kalau saya baling pun, ia tidak pecah.

"Lagi lama digumpal, lagi mampat. Mampat tu maknanya kalau dibaling kuat pun tak pecah. Ia masih lagi in one piece," ujarnya menerusi video yang tular di laman TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa nak menangis nasi campur RM24, takut nak tanya tauke tak mesra pelanggan - “Muka makcik tu bengis”

ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua kantoi tengah mengangkang atas nasi panas! Menantu perempuan dapat jawapan, rupanya disihir sampai jadi bodoh

Dakwa individu itu, nasi lemak tersebut dibeli di sebuah kedai di Cheras, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, dia tidak menyalahkan peniaga nasi lemak berkenaan, sambil menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati setiap kali membeli makanan.

Dah cuba bakar ke? Cair tak?

NETIZEN

"Hati-hati kalau nak beli nasi lemak kat luar sana. Kita tidak menyalahkan penjual nasi lemak tu. Jadi kalau nak beli beras, pastikan resit disimpan.

"Masak pertama kali, tengok kalau beras tu adalah betul atau plastik. Jangan tertipu sebab sekarang harga beras makin mahal," ujarnya lagi dalam video yang meraih hampir setengah juta tontonan.

nasi5

Pelbagai cara digunakan untuk membasuh beras. -Gambar hiasan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan pandangan sebaliknya dan berpendapat nasi yang diterima individu itu bukanlah daripada beras plastik.

"Tu nasi lemak bang. Nasi lemak memang tak lekat kat tangan. Santan kan ada minyak.

"Kita kena siasat betul-betul dan lapor kepada pihak berkuasa. Bimbang jatuh fitnah nanti.

"Saya petani. Saya makan beras sendiri. Kalau saya gumpal macam ni memang tak pecah," komen netizen.

Mengenai pertanyaan netizen sekiranya benar beras itu adalah plastik, kenapa ia tidak 'cair' apabila dimasak, dia menjawab perkara tersebut boleh berlaku apabila dibakar.

"Tak akan cair apabila direbus. Hanya cair apabila dibakar," katanya.

Bagaimanapun setakat ini, dia tidak menunjukkan bukti berhubung dakwaannya, dengan membakar gumpalan nasi tersebut.

"Dah cuba bakar ke? Cair tak?" komen netizen lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain