suria

Gaji isteri lebih tinggi, suami tetap berhabis! Rintihan dilayan kasar bikin ramai sayu, nasib pilih tak sekufu

Setiap perkahwinan ada ujian dan dugaannya. -Gambar hiasan / The Star

MEDIA sosial sering kali mencanangkan ungkapan ‘perempuan tak pernah salah’.

Jika ada kisah mengenai kesilapan atau kesalahan yang dilakukan lelaki, pastinya mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan netizen.

Namun lelaki juga manusia biasa, mempunyai hati dan perasaan untuk meluahkan kesedihan.

Lelaki yang sudah berkahwin akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan rumah. -Gambar hiasan The Star

Lelaki membuat kiraan perbelanjaan. -Gambar hiasan / The Star

“Sebak baca luahan seorang suami... begitulah suami, tiada tempat untuk mengadu kepenatan dan jika mengadu akan diperkecilkan.

“Masyarakat kita lebih suka kalau kisah suami pukul isteri, suami baran. Kalau kisah isteri tidak hormat suami, kita cuma rasa kelakar,” tulis seorang pelayar menerusi satu ciapan di laman X.

Luahan seorang lelaki yang dikongsikan itu mengenai isterinya yang mempunyai pendapatan lebih tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasib suami kerja ‘offshore', gaji RM50,000 pun isteri tak nak layan... Tiba-tiba minta cerai, tuntut 50 peratus harta sepencarian

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri jadi pemuas nafsu bos, hantar video bogel di Telegram... Hati suami kerja offshore remuk, nafkah RM8,000 pun tak bersyukur

Apa yang tidak sedap didengar, menurut lelaki itu, isterinya sering bersikap kasar dan tidak menghormatinya sebagai suami.

Perasaan tersebut sudah lama terpendam sehingga dia terpaksa mengadu nasibnya di laman sosial.

“Saya dah tak tahu nak mengadu pada siapa, terlalu lama saya pendam rasa dalam hati. Tolong beri saya nasihat.

Sebab tu nak kahwin kena sekufu. Tolonglah kalau gaji kecil jangan nak mengada kahwin dengan perempuan gaji tinggi.

WARGA MAYA

“Saya seorang suami, ada dua anak yang masih kecil. Saya sangat sayangkan isteri dan anak-anak,” katanya.

Menurutnya lagi, pendapatan bulanannya tidak kecil, tetapi tidak sebanyak yang diperoleh isteri.

Pun begitu, dia tetap melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah, dengan melakukan dua hingga tiga pekerjaan.

Warga maya tampil memberikan pandangan masing-masing.

Warga maya tampil memberikan pandangan masing-masing.

“Setiap kali keluar dengan isteri, saya akan belanja kesemuanya walaupun duit dah tiada untuk diri sendiri.

“Saya bercakap dengan penuh kasih sayang pada isteri dan anak, saya cuba fahami kepenatan isteri... saya jaga anak-anak dan rasanya dah buat yang terbaik.

“Tapi kenapa isteri saya tetap kasar, tak hormat pada saya, apa lagi yang boleh saya buat? Sampai bila saya kena memendam rasa?” soalnya.

Luahan yang dikongsikan itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen tanpa mengira lelaki mahupun wanita.

Segelintir warga maya juga meletakkan kesalahan pada lelaki itu kerana tidak tegas sebagai ketua keluarga.

“Saya rasa awak kena jadi tegas. Berlembut tu bagus tapi kadang kala kena berada di posisi sebagai ketua keluarga.

“Ajak isteri solat berjemaah, biasanya isteri akan nampak suami sebagai ketua keluarga apabila dia jadi imam.

“Sebab tu nak kahwin kena sekufu. Tolonglah, kalau gaji kecil jangan nak mengada kahwin dengan perempuan gaji tinggi.

“Kerapkan solat jemaah dan imamkan isteri. Kalau tak mampu setiap hari, buat beberapa yang mampu,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain