suria

Wanita panik kereta ‘buat hal’ dalam gelap, mat motor berhenti acah-acah nak panggil ‘towing’… Sudahnya dompet lesap!

Malang tidak berbau, kereta boleh mengalami kerosakan di tepi jalan. -Gambar hiasan

SUDAH jatuh ditimpa tangga pula.

Begitulah nasib malang yang menimpa seorang wanita dalam perjalanannya ke tempat kerja, di Pulau Pinang.

Kereta yang dipandunya mengalami kerosakan di tengah jalan pada kira-kira pukul 6.30 pagi dan keadaan sekitar ketika itu agak gelap.

Kereta yang mengalami kerosakan menggunakan khidmat towing. -Gambar hiasan

Kisah wanita itu diceritakan semula oleh adiknya di media sosial yang kemudian dikongsikan di Facebook Penang Kini sehingga menjadi tular.

"Berwaspada dengan manusia durjana yang kejam ambil kesempatan semasa orang lain dalam kesusahan. Semoga jadi pengajaran untuk kita pemandu wanita. Jangan panik.

"Ceritanya kakak saya diuji pagi semalam, keretanya rosak di tengah jalan sewaktu ke pejabat. Agak banyak kenderaan terutama motosikal di kawasan itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan lepas lepak kedai mamak, remaja sakit kaki hanya mampu tolong separuh jalan... terharu ada rider towing motor rakan sampai rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Kurma 1kg pun dicuri! Mangsa kes pecah kereta tak tergamak lapor polis, berjaya siasat alamat suspek - “Lepas tarawih saya pergi jumpa”

Sewaktu kejadian, katanya, seorang penunggang motosikal sanggup berhenti untuk melihat keadaan kakaknya.

Namun di sebalik sikap prihatin 'mat motor' itu, siapa sangka lelaki berkenaan mengambil dompetnya yang disimpan di dalam beg tangannya.

"Masa kejadian ada seorang (penunggang) motor, lelaki ni berhenti acah-acah nak membantu. Kak kenapa, okay ke? Konon-konon periksa suhu kereta.

"Masuk dalam kereta, sauk (ambil) dompet dari dalam beg tangan. Kalau dia ambil beg tangan nampak sangatlah kan. Lepas tu dia kata tak apa kejap saya panggil kawan kerja bengkel. Nanti saya datang semula bawa towing.

Laju dia buat kerja. Macam dah ada pengalaman sebelum ni.

NETIZEN

"Kakak saya ni lurus orangnya. Dia pula tengah panik sibuk telefon suami la masa tu. Tak perasan apa-apa lagi. Akhirnya dia sendiri juga yang telefon towing," ujarnya.

Wanita itu hanya menyedari kehilangan dompetnya ketika mahu membayar upah kepada petugas yang menarik keretanya ke bengkel.

Menerusi perkongsian itu, adik mangsa menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika berlaku kecemasan atau situasi tidak dijangka seperti yang dialami kakaknya.

"Kereta rosak, dompet hilang. Manusia apa yang ambil kesempatan atas manusia yang sedang ada masalah.

"Pekalah ya pemandu-pemandu wanita. Pengajaran untuk saya juga. Anda semua kalau jadi apa-apa galas beg, pegang telefon baru keluar kereta.

Antara komen netizen.

"Ambil gambar tak kiralah tujuan untuk beritahu ada hamba Allah yang baik hati tolong kita atau dugaan pagi ni. Gambar tu semua bukti, kita tak tahu ada yang jujur nak tolong atau ambil kesempatan," ujarnya lagi.

Susulan perkongsian yang tular, ramai yang meluahkan simpati terhadap wanita berkenaan.

Malah, beberapa warga maya turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan situasi yang sama sebelum ini.

"Laju dia buat kerja. Macam dah ada pengalaman sebelum ni.

"Semoga si pelaku mendapat balasan setimpal dan moga dimurahkan rezeki mangsa.

"Senang cerita jangan percaya sangat manusia yang berkeliaran naik motor tu. Bukan semua jahat, ada juga yang baik," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain