suria

Permintaan pelik! Isteri hamil mengidam pegang pinggang abang askar, suami jadi ‘pak turut’

Seorang wanita hamil mengidam untuk memegang pinggang anggota tentera laut.

MENGIDAM merupakan perkara biasa yang sering dialami kebanyakan wanita hamil.

Namun ada kalanya, permintaan si isteri yang berbadan dua ternyata luar biasa.

Tular di media sosial mengenai seorang lelaki berkongsi pengalamannya tentang keinginan isterinya yang mengandung.

Wanita ini ternampak seorang tentera yang ingin dipegang pinggulnya.

Mungkin kedengaran pelik, tetapi isterinya menyuarakan hasrat yang mahu memegang badan tentera laut lelaki yang dilihatnya ketika itu.

Menerusi video yang dikongsikan, lelaki itu memanggil salah seorang tentera laut bagi menyatakan permintaan isterinya.

"Isteri saya ni tengah mengidam. Teringin nak pegang pinggang. Boleh?" katanya yang meminta keizinan daripada anggota keselamatan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil anak sulung, lain macam mengidam isteri pemandu ini... teringin pegang lori pasir tapi peliknya ada syarat – “Kontena, treler dia tak minat”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengidam lauk kenduri, warga TikTok berganding bahu cari rumah rewang... Paling lucu disuruh tanya Kazar Saisi!

Berpakaian seragam putih, pegawai lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai masalah dan bersetuju untuk memenuhi permintaan tersebut dengan memusingkan badannya.

Dengan reaksi yang tersipu-sipu malu, wanita hamil itu berpeluang untuk memegang pinggang tentera tersebut selama beberapa saat sambil dirakamkan oleh suaminya.

Kalau minta pegang benda lain pun suami dia bagi juga ke?

NETIZEN

Pasangan suami isteri dengan wajah yang ceria kemudian mengucapkan terima kasih atas kesudian anggota beruniform itu kerana melayani permintaan pelik.

Video suami isteri yang dimuat naik di laman TikTok itu meraih lebih 2.6 juta tontonan.

Ramai yang terhibur dengan rakaman tersebut, namun pada masa sama segelintirnya berasa kurang senang dengan menyifatkan keinginan wanita itu sebagai keterlaluan.

Komen netizen pada video.

"Yang pelik-pelik je. Kalau minta pegang benda lain pun suami dia bagi juga ke?

"Anaknya besar nanti mungkin nak jadi tentera laut.

"Aku ulang-ulang terus tengok video tersebut sebab kelakar," komen netizen.

Video yang memaparkan wanita hamil yang mengidam luar biasa itu dipercayai berlaku di Jawa Barat, Indonesia dan kisah mereka turut meraih perhatian netizen di Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain