DEMI nafsu, seorang individu sanggup membayar RM4,000 bagi mendapatkan layanan wanita, namun 'pulangannya' sangat mengecewakan. Demikian pengakuan seorang lelaki tentang pengalaman buruk ketika melanggan wanita berkenaan, yang didakwa seorang pempengaruh media sosial (influencer). Menerusi pendedahan yang dibuat di laman Facebook UTAR Confessions, lelaki tersebut mendakwa kejadian berkenaan berlaku tujuh tahun lalu, ketika pempengaruh wanita itu masih belum dikenali ramai. Tidak mendedahkan identiti diri mahupun pempengaruh berkenaan, lelaki tersebut berkata semuanya bermula apabila dia membeli produk wanita itu hanya kerana mahu memancing perhatiannya. Pelbagai perkara atau maklumat yang boleh didapati menerusi media sosial. -Gambar hiasan Pertemuan pertama mereka berlangsung berhampiran sebuah kafe, ketika influencer wanita itu menyerahkan produk yang dibeli lelaki berkenaan. Ketika pertemuan singkat tersebut, lelaki berkenaan dalam nada bergurau bertanya 'harga' untuk mendapatkan layanan influencer berkenaan buat satu malam (one night stand). ARTIKEL BERKAITAN: Jurufoto hilang sabar 8 tahun diganggu lelaki gila seks, gigih ikut sampai UK! Fahmi Fadzil janji ambil tindakan - “Dia tak patut wujud dalam masyarakat” ARTIKEL BERKAITAN: Penyampai radio wanita tergamam lelaki berseluar pendek ada dalam rumah... Rupanya sudah 4 kali, buat macam apartment sendiri! "Penginapan tiga hari dua malam di vila adalah harganya," jawab influencer tersebut sambil menambah ia termasuk 'layanannya' dengan jumlah RM40,000. Namun disebabkan status sebagai seorang pelajar ketika itu, lelaki berkenaan menguburkan niatnya. Selepas beberapa ketika, dia yang kebetulan baharu putus cinta dengan teman wanitanya mengambil keputusan untuk menghubungi semula influencer berkenaan bagi 'mencuba nasib' buat kali kedua. Tanpa disangka, pancingannya mengena dan influencer tersebut memberitahu harga bagi 'perkhidmatannya'. Saya menanggalkan seluar dalamnya dan apa yang boleh dikatakan, saya benci apa yang saya bau! CONFESSOR "RM4,000 termasuk penginapan di hotel. Harga ini hanya untuk awak," demikian jawapan influencer tersebut. Pada waktu yang dijanjikan, kedua-duanya bertemu di sebuah hotel. Lelaki tersebut gembira dan menyifatkan influencer tersebut sangat menggoda kerana mempunyai payudara yang besar. Namun perasaan tidak sedap hati lelaki tersebut mula timbul dan mendakwa 'aset' influencer berkenaan adalah palsu. "Apa yang saya sentuh? Tayar?" bisik hati lelaki tersebut kerana merasakan bahagian berkenaan keras dan tidak normal. Namun kongsi lelaki itu lagi, dia membuang perasaan tersebut jauh-jauh memikirkan sudah membelanjakan RM4,000 demi detik yang ditunggu-tunggu selama ini. Selain media sosial, kewujudan pelbagai aplikasi untuk mendapatkan pasangan juga tersedia di telefon bimbit. -Gambar hiasan Tanpa dijangka, satu lagi perkara tidak diduga berlaku. "Saya menanggalkan seluar dalamnya dan apa yang boleh dikatakan, saya benci apa yang saya bau!" dedahnya lagi. Bagaimanapun lelaki tersebut mengakhiri pendedahannya tanpa menceritakan situasi yang berlaku seterusnya, sama ada dia meninggalkan influencer berkenaan atau terus berada bersamanya di hotel tersebut. Pendedahan berkenaan nyata mengejutkan warga maya malah rata-ratanya mula berteka-teki mengenai identiti influencer wanita yang dimaksudkan. Sebagai perkongsian bersama, umat Islam dilarang sama sekali terjebak melakukan seks bebas kerana ia salah satu perbuatan yang berdosa besar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube