suria

Dari tandas mengikut, tak sedap hati ‘kakak’ berpurdah duduk perhati dalam surau… Wanita meraung terbayangkan ketika tukar baju

Lelaki ini kantoi menyamar sebagai wanita di surau.

SUDAH pernah terjadi beberapa kes di mana ada lelaki sanggup menyamar dengan bertelekung atau berjubah di dalam ruang solat wanita untuk mencuri.

Namun menerusi perkongsian yang tular di TikTok baru-baru ini, taktik penyamaran seorang lelaki yang dipercayai mahu melampiaskan nafsu serakahnya, terbongkar selepas berjaya dihidu oleh seorang wanita.

Video yang dipercayai dirakam oleh wanita berkenaan, menunjukkan si penyamar memakai sehelai jubah siap berpurdah hitam dan kemudian hanya duduk di sudut surau sambil memegang telefon bimbit.

Menurut wanita berkenaan, penyamar tersebut seperti mengekorinya dari tandas dan turut mengikut masuk ke dalam surau.

Dia kemudian menukar baju di dalam surau, namun katanya, timbul perasaan tidak sedap hati apabila 'wanita berjubah' itu seperti memerhatikannya.

purdah 2

Pelaku cuba meminta maaf di atas perbuatannya selepas kantoi.

Berasa curiga dengan kelakuannya, wanita berkenaan bertindak keluar dari surau dan memanggil beberapa lelaki dipercayai kakitangan di premis tersebut.

"Dari tadi dia ikut saya, saya curiga dia lelaki sebenarnya. Dia tak mahu bersuara, cuba periksa dia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh suara jantan di surau perempuan! Lelaki bertelekung pink didakwa curi phone sorok dalam seluar dalam, tak henti solat 2 rakaat

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini rembat beg tangan dalam surau sampai terlanggar kipas, wanita rugi hampir RM20,000 - “Mak saya dah nampak lelaki tu masuk”

Beberapa lelaki yang masuk ke dalam surau itu cuba bertanyakan beberapa soalan kepada 'wanita berpurdah' itu, namun tiada suara kedengaran dan hanya menggunakan isyarat tangan.

Mereka cuba berlembut dan memintanya untuk menanggalkan purdahnya, namun 'wanita' berkenaan enggan menurutinya.

Selepas cubaan berlembut tidak diendahkan, mereka terpaksa melakukannya secara paksa dan ternyata benar individu yang berselindung di sebalik purdah dan jubah itu adalah seorang lelaki.

Kesiannya... mesti dia berhabis menjaga aurat tapi senang-senang je orang buat naya.

NETIZEN

Sejurus pendedahan itu, dia menangis kerana trauma dan auratnya sudah dilihat oleh lelaki tersebut.

"Kenapa kamu buat begini? Sudah berapa lama kamu buat kerja ini?" tanya beberapa lelaki yang datang bersama wanita berkenaan.

Mereka kemudian mengambil telefon bimbit milik lelaki berkenaan dan membawanya keluar dari surau, difahamkan untuk tindakan susulan.

Difahamkan juga kejadian tersebut berlaku di Indonesia.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa simpati dengan nasib wanita berkenaan malah mengharapkan si pelaku dikenakan tindakan tegas agar kejadian sama tidak berulang.

komen

Netizen melahirkan rasa simpati terhadap mangsa.

Malah mereka turut menasihatkan golongan wanita supaya lebih berhati-hati dan mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.

"Dah lah dia pegang telefon... entah-entah dah rekod kakak ni.

"Kesiannya... mesti dia berhabis menjaga aurat tapi senang-senang je orang buat naya.

"Nasin baik kakak ni ikut kata hatinya. Kalau berlama-lama di situ, mungkin lain jadinya," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain