suria

Ibu maut kemalangan, anak trauma tengok jenazah selepas bedah siasat… Mimpi ditoreh pisau pun terasa pedih

Bedah siasat merupakan antara prosedur apabila berlaku kematian. -Gambar hiasan (kanan)

SETIAP yang hidup pasti akan berdepan dengan kematian, di saat kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Walau bagaimanapun, terdapat prosedur pengurusan kematian seperti bedah siasat terutamanya bagi kematian mengejut.

Bedah siasat bertujuan untuk menentukan punca kematian dan membantu mengenal pasti cara kematian sama ada disebabkan penyakit semula jadi, kemalangan, bunuh diri atau unsur jenayah.

Bedah siasat dijalankan untuk mengetahui punca kematian. -Gambar hiasan

Namun menerusi satu video yang tular di TikTok, seorang wanita yang baru kehilangan ibunya akibat kemalangan jalan raya mengakui trauma sebaik melihat jenazah selepas dibedah siasat.

Menurutnya, hanya ahli keluarga terdekat dapat menyelami perasaan itu kerana orang luar akan melihat jenazah yang sudah siap dikafan.

"Orang tak akan faham betapa seksanya untuk melihat luka jahitan akibat bedah siasat pada orang yang kita sayang, orang luar hanya tengok jenazah yang sudah dikafan, nampak muka je.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong keluarkan anak saya!” – Ibu merayu di tanah perkuburan, tak sanggup tengok ‘jenazah’ masuk liang lahad

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu meninggal 30 minit selepas nikah, pengantin tabah urus jenazah! Sempat curi masa ke dewan demi hargai tetamu

"Tapi yang memandikan jenazah akan nampak segalanya," kata wanita itu dengan nada terkilan.

Tambah wanita itu, dia sebolehnya tidak menyarankan jenazah untuk melalui proses bedah siasat, namun akur ia adalah ketetapan daripada pihak berkuasa dan hospital.

"Sudah la meninggal kerana kemalangan, mayat pula nak kena dibedah siasat. Rasa kasihan sangat, cuba bayangkan kalau jadi pada diri kita macam mana?

Badan orang yang kita sayang mesti kita nak jaga dengan lembut dan tak nak kasar-kasar.

WARGA MAYA

"Sedangkan mimpi dalam tidur ditoreh pisau pun boleh terasa pedihnya. Ketika kita masih hidup, kita boleh pertahankan badan kita daripada diperlakukan sewenang-wenangnya.

"Tapi apabila kita dah mati, tak ada siapa yang boleh pertahankan badan kita kalau nak dibedah macam mana pun. Saya nasihatkan, rajin-rajin la buat pemeriksaan perubatan (medical check-up)di hospital.

"Biar hospital ada rekod kesihatan kita dan kalau kita mati, kita tak perlu dibedah siasat. Tapi kalau meninggal kerana kemalangan, itu kita tak dapat nak buat apa," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berkongsi pengalaman dalam situasi seumpamanya dan mengakui pahit untuk menelan hakikat tersebut.

Pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah. -Gambar hiasan

"Arwah adik dulu kena bedah siasat, keluarga pada awalnya tak setuju tapi hospital cakap kena buat juga sebab nak tahu punca kematian. Sedih tengok luka jahitan dekat badan adik dari kepala sampai pusat.

"Arwah abang pun kena bedah siasat juga, seksa tengok luka jahitan dari leher hingga ke bawah perut. Ngeri fikir macam mana tengkorak abang digergaji dan dalaman dia dibelah-belah.

"Macam mana tempurung kepala dia dibuka, harap roh arwah apabila dah berpisah dari tubuh tak rasa semua kesakitan tu. Remuk hati bila fikir balik.

"Badan orang yang kita sayang mesti kita nak jaga dengan lembut dan tak nak kasar-kasar tapi itulah realitinya," komen warga maya.

Sebahagian komen warga maya.

Dalam pada itu, seorang warga maya yang dipercayai merupakan ahli perubatan mengatakan bedah siasat merupakan sebahagian dari kaedah siasatan yang perlu dijalankan.

"Maafkan kami, bedah siasat tetap kena buat, untuk tahu kebenaran iaitu punca kematian. Saya ingat dulu ada satu kes kemalangan.

"Suami isytihar isterinya mati kemalangan tapi apabila bedah siasat, baru tahu isterinya dah meninggal dunia terlebih dulu sebelum kemalangan sebab terkena racun," jelas warga maya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain