suria

Dapat kerja di Singapura tapi ada syarat, wanita anti vaksin buat tawaran di klinik - “Doktor cakap je berapa, saya bayar”

Pengamal perubatan memberi suntikan vaksin. -Gambar hiasan / The Star

WALAUPUN pandemik Covid-19 telah pun berlalu, namun tidak wajar dipandang ringan kerana impaknya boleh

Sebelum ini, program vaksinasi kebangsaan untuk mencipta imuniti kelompok dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun begitu, segelintir masyarakat memilih untuk menolak vaksin kerana bertentangan dengan fahaman dan kepercayaan masing-masing.

Segelintir rakyat Malaysia mencari rezeki di Singapura. -Gambar hiasan The Star

Ternyata keputusan itu kembali memakan diri tiga tahun kemudian apabila seorang wanita yang merupakan anti vaksin terdesak memerlukan status vaksinasi lengkap bagi memenuhi syarat bekerja di Singapura.

Menerusi satu perkongsian di laman X, wanita berkenaan hadir ke sebuah klinik dengan membawa harapan yang cukup besar.

"Ada seorang wanita ni anti vaksin datang ke klinik isteri aku. Sampai dekat kaunter daftar, dia cakap, saya nak Pfizer tapi nak jumpa doktor dulu boleh?

ARTIKEL BERKAITAN: AyahPa dijemput Ilahi, tak kena Covid-19 hingga akhir hayat! Pernah tular antara individu tertua berani suntik vaksin

ARTIKEL BERKAITAN: Sejuk hati tengok! Pemuda ini betul-betul ikut cakap mak... selawat, minta izin nurse nak baca doa dulu sebelum cucuk vaksin

"Masa isteri saya berjumpa dengan wanita tu, dia beritahu perkara sebenar. Dia cakap macam ni, Saya sebenarnya dapat kerja di Singapura tapi perlu bukti vaksin, doktor nak berapa, saya bayar, doktor faham kan maksud saya ni.

"Isteri saya terkejut, dia cakap, Maaf puan, saya tak boleh buat macam tu, saya masih ada integriti. Kalau nak juga, cari tempat lain ya, itu pun kalau ada doktor yang nak buat," menurut ciapan tersebut.

Susulan itu, suami kepada doktor itu menyelar tindakan wanita berkenaan kerana mengajak isterinya bersubahat.

Tahniah kerana bertanggungjawab dalam profesion yang diceburi.

WARGA MAYA

"Hello! Bab nak tolak vaksin macam-macam hukum golongan anti vaksin ni buat. Bab menipu, terus jadi halal ya?" soalnya dengan nada geram.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memuji tindakan isteri lelaki itu yang berpegang teguh kepada etika dan moral sebagai pengamal perubatan.

"Tahniah! Integriti beginilah yang perlu diamalkan semua orang. Selain kes-kes kerja di luar negara, terdapat juga kes menipu status vaksinasi sebab nak pergi menunaikan umrah atau haji.

Antara komen warga maya.

"Dalam hal-hal ibadah pun puak anti vaksin nak menipu. Tahniah kepada anda dan isteri kerana bertanggungjawab dalam profesion yang diceburi.

"Dalam grup kerja Singapura ramai orang yang macam ni, itulah dulu siapa suruh degil tak nak ambil vaksin, kan sekarang dah merana.

"Alasan puak anti vaksin sampai sekarang aku rasa kelakar, ada seorang ni tak nak ambil vaksin sebab cakap vaksin punca sel kanser aktif dalam badan. Jadi sebelum ada vaksin, kanser tak wujud ke?," komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain