PELBAGAI kerenah pelanggan antara cabaran yang perlu dihadapi golongan peniaga terutama dalam sektor makanan dan minuman (F&B). Kebanyakan pelanggan akan berpegang pada prinsip ‘customer is always right’ (pelanggan sentiasa betul) bagi mempertahankan hak mereka sebagai pengguna. Bagi seorang peniaga, dia terkejut apabila didatangi seorang pelanggan wanita warga emas yang sering mempersoalkan pelbagai perkara di kedainya, termasuk yang remeh temeh. “Tadi ada makcik masuk kedai. Mula-mula aku macam annoyed juga sebab makcik ni marah kenapa bagi duit baki RM5 banyak-banyak. Pelanggan mementingkan perkhidmatan selain kualiti makanan. -Gambar hiasan The Star/Farid Wahab “Kenapa kena buat pesanan di kaunter. Kenapa tak ada air panas... kenapa itu, kenapa ini,” luahnya. Meskipun kurang senang dengan sikap pelanggan berkenaan, dia bagaimanapun bersetuju dengan setiap kata-kata yang dilontarkan. “Tapi nasihat makcik sebelum balik tadi buka mata aku,” ujarnya yang berniaga di Muar, Johor. Mana tidaknya, wanita tersebut berkongsi pengalaman sebagai seorang pelanggan dan kenapa kebanyakan restoran kendalian bangsa Cina masih mengekalkan sistem mengambil pesanan serta bayaran di meja. ARTIKEL BERKAITAN: “Muka hang jahanam!” - Kecoh peniaga ikan bakar di Perlis campak duit... Rupanya dah lama orang bagi ‘rating’ 1 bintang dalam Google ARTIKEL BERKAITAN: Selera terbantut! Pelanggan kecewa peniaga tergamak jual ayam bakar rentung, tak sanggup nak bagi mak ayah makan Malah katanya, konsep perkhidmatan yang dibuat seumpama itu tidak wajar diikuti kerana tidak mendatangkan keuntungan kepada peiaga. “Makcik kata, orang Cina suka jadi raja di kedai makan. Apabila boleh makan di kedai, bermaksud dia ada duit... jadi dia suka dilayan macam orang berduit. “Pekerja mesti layan baik-baik. Jangan tiru restoran makanan segera, itu kedai jual apa pun orang ikut saja. “Air panas kena ada sebab orang tua suka air panas,” katanya. Apabila orang layan dengan baik, kita pun rasa nak datang lagi walaupun mungkin tak sedap sangat pun makanan tu. WARGA MAYA Wanita berkenaan juga berpendapat bahawa cara tersebut akan menarik lebih ramai pelanggan ke kedai makan. Menurutnya, ini termasuk strategi pemasaran ‘dari mulut ke mulut’ dalam kalangan orang berusia. “Kalau orang tua suka satu-satu kedai makan, kita jangan risau nak cari pelanggan lagi sebab marketing dari mulut ke mulut orang tua bukan sekadar kawan-kawan, tapi sampai ke cucu cicit,” katanya. Bercerita lanjut, pengguna X turut mengakui kebenaran nasihat wanita tersebut meskipun ayat yang digunakan kedengaran kasar dan ‘tidak berlapik’. Warga maya turut bersetuju dengan 'nasihat' pelanggan wanita berkenaan. “Walaupun rambut ungu, tapi dia jujur, berterus-terang, tak berlapik. Aku duduk diam-diam, setuju. “Sekarang bukan zaman lauk siapa paling sedap, tapi servis siapa paling bagus. Itu sebab mamak unggul... Cina suka, Melayu suka, India suka, semua suka,” tambahnya. Seperti peniaga lain yang mengutamakan servis yang cepat, dia menyedari kepentingan kualiti dan layanan yang baik akan ‘melekat’ di hati pelanggan seterusnya diingati dan menjadi bualan yang membawa keuntungan. Dalam pada itu, lelaki ini berharap golongan peniaga tidak merasakan bisnes yang diusahakan mereka adalah terbaik selagi tidak dapat menerima teguran daripada pelanggan. “Kita pula sebagai orang warung dan kedai makan, jangan defensif sangat. Kadang-kadang orang tegur dan kritik sebab dia sayang kita tanpa dia sedar. “Bukan senang nak dapat kasih sayang daripada orang tak dikenali. Kalau kau ambil positif, nilai dan saring teguran, InsyaAllah mesti ada perkara yang boleh ditambah baik,” katanya lagi. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakannya bersetuju dengan nasihat wanita warga emas berkenaan. “Mak saya pun cakap macam ni. Cina dia suka layan pelanggan macam raja terutama pelanggan tetap. “Makan luar memang ciri orang kaya sama ada trend atau stigma masyarakat. Macam menteri suruh kurangkan makan luar, memang betul sebab itu ciri orang berduit ekstra. “Betul, apabila orang layan dengan baik, kita pun rasa nak datang lagi walaupun mungkin tak sedap sangat pun makanan tu. Kalau sedap lagilah, dan kalau layanan tak okay, sedap sangat pun kita malas pergi,” komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube