suria

Lelaki tampar ex-GF gara-gara video dituduh curang! Mangsa tak duduk diam, melawan tarik rambut - “Boleh tahan fighter kau kak”

Seorang wanita ditampar bekas kekasih dalam insiden di sebuah kawasan parkir baru-baru ini.

GARA-GARA enggan memadam video mendedahkan perlakuan curangnya, seorang lelaki bertindak memukul bekas teman wanita sendiri di sebuah kawasan parkir.

Perkara itu berlaku ketika wanita berkenaan bersemuka dengan si pelaku untuk mendengar penjelasan daripada lelaki terbabit selain cubaan memujuk agar mereka kembali bersama.

Tidak bersendirian, wanita berkenaan hadir ke lokasi itu ditemani dua rakannya yang memantau dan merakam detik pertemuan itu sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku sebarang perkara buruk.

Wanita ini berjumpa dengan teman lelakinya di sebuah parkir.

Dakwa wanita tersebut, ketika pertemuan itu lelaki berkenaan memberitahu dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan wanita yang pernah ditangkap curang sebelum ini.

"Manis betul mulut cakap dah tak ada apa-apa kaitan dengan wanita itu. Apabila tanya kenapa girlfriend dia tu tiba-tiba direct message, boleh pula dia kata saja-saja.

"Lepas tu paksa-paksa pula delete video yang diviralkan sebelum ini," tulis wanita terbabit menerusi video yang dikongsikan di TikTok pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati tunang dapat tahu bakal suami curang dengan 2 wanita, siap bawa masuk bilik hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji RM900 curang! Alang-alang rumah tangga runtuh, isteri robohkan sekali rumah 90K yang dibina... Bini baharu nangis tiada tempat tinggal

Untuk rekod, pada pada 17 September lalu wanita berkenaan yang dilihat memandu kereta jenis BMW itu berkongsi video dia menangkap perbuatan curang teman lelakinya dengan perempuan lain, juga di sebuah kawasan parkir.

Rakaman itu meraih simpati ramai hingga ditonton lebih 5.6 juta tontonan.

Dek kerana itu lelaki tersebut meminta bekas teman wanitanya supaya memadam video berkenaan.

Tangkap layar video sebelum ini yang tular.

Bagaimanapun pertemuan empat mata antara mereka pada Isnin bertukar tegang apabila si lelaki bertindak menampar bekas teman wanitanya kerana enggan menuruti permintaannya.

Insiden itu mengejutkan dua rakan wanita berkenaan yang merakamkan momen pertemuan tersebut dari dalam kereta.

Namun mereka lebih terkejut dan tidak menyangka kerana mangsa tidak berdiam diri malah membalas perlakuan kasar bekas teman lelakinya dengan menarik rambut.

Boleh tahan fighter kau kak.

NETIZEN

"Tak tahulah sejak bila jadi dayus. Ya Allah syukurnya tak jadi kahwin.

"Tapi itulah silap orang dia nak sentuh. Dia ingat aku takut nak lawan.

"Lepas tu dia gerak macam tu je... tak tahu la apa jantan s**l ni nak," kata wanita itu.

Video kedua ini turut meraih perhatian netizen di TikTok hingga menerima hampir tiga juta jumlah tontonan.

Komen netizen di TikTok.

Kebanyakan mereka berpuas hati melihat tindakan wanita terbabit melawan bekas teman lelaki yang mengasarinya.

"Puasnya tengok akak tu balas! Boleh tahan fighter kau kak.

"Ni kalau lepas kahwin kena pukul, jenuh nak naik turun mahkamah minta fasakh dengan bukti. Nasib baru bercinta, boleh tinggal terus," komen netizen.

Sebagai peringatan bersama, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) komited menghentikan keganasan terhadap wanita melalui pelaksanaan Kempen We Eliminate Violence Against Women (WeVAW).

Keganasan terhadap wanita perlu ditangani secara menyeluruh kerana terdapat pelbagai bentuk keganasan, termasuk penderaan fizikal, psikologi, emosi dan sosial.

Sehubungan itu orang ramai diseru untuk tampil melaporkan kes keganasan dengan menghubungi PDRM atau Talian Kasih 15999 atau talian 019-2615999.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain