STRATEGI komunikasi yang digunakan sindiket penipuan (scammer) pelaburan sering kali membuatkan masyarakat terpedaya meskipun pelbagai pendedahan berkaitannya dibuat pihak berkuasa. Pihak scammer juga licik dengan pelbagai helah bagi meyakinkan mangsa seolah-olah mereka adalah peserta kepada program yang dijalankan. Bahkan ada yang sanggup mengeluarkan puluhan ribu ringgit selepas dijanjikan pulangan yang berganda. Seperti dikongsikan pelayar X ini, rakannya dikatakan melaburkan sejumlah RM30,000 bagi pelaburan yang tidak dikenal pasti kesahihannya. Tangkap layar sebahagian ciapan yang dibuat bersama beberapa gambar perbualannya. Meskipun mengalami masalah, rakannya tetap ingin memberikan wang tambahan selepas dijanjikan setiap ringgit yang dilaburkan akan diperoleh semula. “Macam mana nak yakinkan kawan aku ni yang dia dah kena scam? “Aku dah beritahu jangan bayar lagi RM30,000 dan aku dah refuse untuk pinjamkan duit. Jangan berdalih, anda sudah ditipu. “Jangan dah hilang RM30,000 kau risiko untuk hilang lagi sampai RM90,000,” ciapnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Bagi RM20 macam RM2,000”- Scammer bengang dikejar di highway, sempat perlekeh mangsa sebelum pulangkan duit yang ditipu ARTIKEL BERKAITAN: Personal shopper mengaku scammer! Mak ayah dah terbuai hidup senang, sedap makan duit pelanggan sampai berhenti kerja Menerusi tangkap layar perbualan dalam kumpulan WhatsApp antara rakannya dengan sindiket berkenaan, beberapa individu yang kononnya turut serta dalam pelaburan tersebut mempersoalkan sama ada duit tambahan yang dimasukkan itu akan dikembalikan atau tidak. Reaksi balas mereka menjadikan pelaburan yang dibuat itu seolah-olah wujud sehingga berjaya meyakinkan rakan pelayar X terbabit. "Jadi saya perlu tambah RM30,000 untuk perbetulkan data? "Saya dah dapat kembali duit," ujar beberapa individu di dalam kumpulan pelaburan itu. Orang dalam group tu semuanya tak wujud, they all scammers. WARGA MAYA Helah menambah sejumlah wang untuk mendapatkan semula pelaburan terdahulu dijadikan alasan pihak penipu kononnya pelabur melakukan kesilapan merekodkan data. Bagi memastikan pelaburan dapat dilakukan, jumlah yang sama perlu dimasukkan bagi membolehkan kesalahan diperbetulkan. Malah sindiket tersebut menjanjikan bahawa keseluruhan jumlah yang telah dilaburkan akan diperoleh semula. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya. Kebanyakan warga maya pernah dihubungi scammer yang sama. Namun apa yang mengejutkan adalah kebanyakan mereka mengakui pernah terlibat dengan aktiviti pelaburan yang sama. “Sebab mula-mula syarikat tu akan bagi duit, bayar untuk task yang dibuat. Saya adalah salah seorang mangsa yang berpotensi... buat yang percuma saja dapat RM90. “Aku minta job ni lagi, hari tu dapat RM100 kemudian aku terus keluar group. “I play this before. Buat satu task dia bagi RM30, task seterusnya kita kena keluar RM100 dan dia pulangkan RM150... aku main dapat sampai RM300, aku gerak. Dapat juga bayar kereta. “Ini sama concept strategy scam yang aku kena. Semua orang dalam group tu, semuanya tak wujud, they all scammers,” ujar beberapa netizen. Dalam pada itu, tidak kurang juga yang bersimpati dan meluahkan rasa sedih atas nasib rakannya itu. Mana tidaknya, di zaman teknologi di hujung jari, masih terdapat individu yang tidak mengetahui tentang corak penipuan atas talian sehingga mengalami kerugian puluhan ribu ringgit. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube