suria

Wanita datang bulan ‘bocor’ dalam kereta, encik tunang senyum je! Siap tolong cuci kusyen - “Dia langsung tak buat muka”

Lelaki ini membersihkan tempat duduk kereta yang terkena darah haid tunangnya sendiri.

DEMI pujaan hati, lautan api pun sanggup direnangi.

Hubungan yang sihat adalah apabila seseorang itu tidak berkira dan sanggup berkorban untuk melihat pasangannya gembira.

Melalui perkongsian video tular di TikTok, seorang gadis menceritakan satu insiden bersama pasangan yang membuatkan hatinya berbunga-bunga.

Tunang Farhana tenang ketika insiden 'bocor' itu berlaku.

Dalam video itu, seorang lelaki dilihat sanggup membantu membersihkan kusyen tempat duduk kereta yang terkena darah haid pasangannya yang mengalami 'kebocoran'.

Berkongsi kisah kepada mStar, Farhana Zainal, 26, berkata ketika kejadian, dia baru pulang dari pejabat untuk keluar bersama tunangnya.

"Biasanya saya pergi kerja naik motosikal, tapi pada hari kejadian tu motosikal saya dihantar ke bengkel untuk servis. Jadi tunang datang jemput saya balik kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tayang body, isteri tunjuk romantik pakaikan baju! Wanita tak kisah cakap orang, anggap siapa hina suaminya turut persenda OKU

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘tersakiti’ sanggup naik bas, sewa kereta demi jumpa GF kurang 10 minit! Selepas pulang dapat mesej bikin meleleh air mata

"Kami pergi ke IOI City Mall, Putrajaya untuk beli barang majlis perkahwinan, kami akan bernikah pada 21 Oktober ni. Waktu keluar dari pejabat tu, saya macam okay lagi, tak ada rasa kurang selesa ke apa.

"Tuala wanita yang saya pakai pun tak la penuh, sebab sebelum keluar saya dah tukar baharu memandangkan kami nak ke pusat beli-belah dan kemudian makan di Bangi.

"Cuma waktu perjalanan balik tu, mungkin saya duduk tak betul dan keadaan pad pun dah terlari, itu yang terus terbocor dalam kereta tu," kata Farhana yang merupakan seorang pegawai tadbir di sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya.

Nampak dia yang tolong cucikan darah haid tu guna tisu, tak rasa geli ke apa pun.

FARHANA ZAINAL

Farhana ketika itu mengakui cemas kerana mengenali tunangnya yang sangat cerewet dalam aspek kebersihan kereta.

"Saya rasa bersalah sangat sebab darah haid ni kotor kan. Masa tu memang menangis juga minta maaf sebab kotorkan kereta dia, tahu dia memang cerewet kalau pasal hal kereta, jenis menjaga sangat.

"Tapi masa benda tu jadi, dia langsung tak buat muka, cakap pun lembut sangat. Masa nampak tompokan darah dekat kerusi tu, dia kata jangan risau, pergi ke tandas di stesen minyak dan tukar apa yang patut, dia akan selesaikan semua.

Farhana dan pasangan sudah selamat bertunang.

"Balik daripada tandas, saya nampak dia yang tolong cucikan darah haid tu guna tisu, tak rasa geli ke apa pun. Memang terharu sangat, tersentuh hati ni. Dia siap minta maaf sebab saya kena berdiri lama sementara nak tunggu dia bersihkan.

"Kemudian dia ada beli plastik dari stesen minyak untuk alas tempat duduk supaya saya selesa," kata Farhana yang mula mengenali tunangnya pada tahun 2015.

Bercerita tentang tunangnya, Farhana berkata pasangannya itu adalah seorang yang penyayang dan sentiasa cuba mengenali hati budinya.

Farhana dan tunangnya akan berkahwin pada 21 Oktober ini.

"Hubungan saya dengan tunang ada liku-likunya juga, kami mulakan relationship pada tahun 2016. Tapi kemudian kami putus sekejap pada hujung tahun 2018.

"Setahun selepas tu, pada hujung tahun 2019, kami kembali semula bersama. Bermula daripada situ, saya perasan tunang saya menjadi semakin romantik dan sweet. Dia tahu apa yang saya suka dan akan sentiasa ingat.

"Setiap kali saya datang bulan, tunang tahu saya akan craving coklat, jadi dia belikan Ferrero Rocher serta Cadbury. Kalau ada apa-apa lagi yang saya craving, dia mesti akan tunaikan.

"Kalau saya senggugut, dia akan beli ubat-ubatan. Dan kalau kami gaduh, dia akan terus datang ke depan rumah untuk pujuk bawa pergi makan. Dia juga baik dengan mak saya. Banyak kebaikan dia kalau nak cerita satu-persatu," kata Farhana.

Pasangan ini mula mengenali antara satu sama lain pada 2016.

Menitipkan pesanan, Farhana berkata lelaki baik masih wujud di luar sana tetapi diri sendiri terlebih dahulu harus diubah untuk menjadi yang terbaik.

"Dalam kita nak mencari lelaki yang terbaik, kita perlu ubah diri dulu untuk jadi yang terbaik. Lagi satu, jangan paksa lelaki itu untuk jadi seperti yang kita nak, kalau lelaki tu nak, dia akan buat sendiri tanpa kita minta.

"Macam saya, kami pernah putus, remuk hati ni, tapi akhirnya tunang saya tu kembali dalam versi yang jauh lebih baik. Jadi, tak mustahil juga bekas boyfriend yang kita benci tu sebenarnya jodoh kita.

"Apa-apa pun terus letakkan pengharapan pada Tuhan dan berdoa," kata Farhana menutup bicara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain