SUDAH menjadi tanggungjawab setiap anak untuk membalas jasa orang tua, lebih-lebih lagi apabila sudah melangkah ke alam pekerjaan. Sama ada kecil atau besar nilainya, apa yang paling penting adalah si anak tidak melupakan kewajipan terhadap ibu bapa yang sudah banyak berkorban selama ini. Bagaimanapun, tidak dinafikan wujud segelintir ibu bapa yang tidak memahami situasi apabila mengeluh kerana pemberian si anak dirasakan tidak mencukupi. Sebagaimana kisah wanita ini, dia berkongsi luahan perasaan mengenai situasi yang dilalui apabila ibunya ‘cakap belakang’ seolah-olah memperlekehkan apa yang dilakukannya selama ini. “Setiap bulan bayar Cuckoo, Netflix, delivery makan through Foodpanda atau GrabFood pada hujung minggu, dan hampir setiap minggu bagi duit lauk RM50 pada mak. Perselisihan faham membabitkan keluarga perlu dibincangkan secara bersama untuk mencari penyelesaian. -Gambar hiasan. “Setiap bulan spend untuk keluarga RM300 hingga RM400. “Dapat tahu mak cakap dengan adik ‘kakak bagi duit sikit ja... mana cukup’,” luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak stres mak ayah kawal duit, buat simpanan ASB pun kena marah! Masa kahwin wang hantaran kena ‘sapu’, salam kaut lesap ARTIKEL BERKAITAN: Kesian pengantin! Mak ayah berangan majlis gah, duit anak diperah siap suruh buat loan! Wang salam kaut dah cop awal Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, dia sedikit kecewa kerana ibu seolah-olah tidak memahami situasinya yang bakal melahirkan bayi sulung tidak lama lagi. Sungguhpun sedang bergelut membuat persediaan menyambut kelahiran cahaya mata, dia tidak berkira untuk membantu meringankan belanja dapur atau keperluan ibu bapanya. Namun disebabkan kata-kata ibunya, wanita berkenaan mengakui dia kecil hati tetapi hanya mampu menyimpan perasaan kerana enggan mengeruhkan keadaan. Orang tua memang macam tu kalau kau bukan anak kesayangannya... buat tak tahu saja. NETIZEN Luahannya dikirim menerusi Direct Message dan dikongsikan di akaun X @meinmokhtar. Sehingga kini perkongsiannya meraih melebihi 1,500 ulang kicau selain dibanjiri dengan reaksi bercampur daripada netizen. Ada segelintir yang menasihatkannya agar tidak berkecil hati dan melupakan sahaja kata-kata ibunya. “Bab duit ni memang takkan pernah habis. Bagi sikit tak cukup, tak bagi kata kedekut atau berkira. Anggap saja kata-kata itu seperti angin lalu. “Anon, dengan orang tua jangan ambil hati. Biarlah mereka nak kata apa pun, nanti salah seorang akan pergi. Jangan kata atau buat benda yang akan kau menyesal,” komen netizen. Sebahagian komen netizen yang memberikan pandangan terhadap perkongsian kisah wanita berkenaan. Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa simpati dengan kisah wanita itu malah turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengannya. “Orang tua memang macam tu kalau kau bukan anak kesayangannya. Buat tak tahu saja. “Sedihnya macam ni... anak punyalah baik sponsor belanja macam-macam tapi alih-alih apa yang diorang tengok? “Gaji aku 1.5k dan bagi mak RM300 sebulan. Tapi still dia cakap ‘ingatkan boleh ringankan beban aku’ kemudian asyik compare dengan kejayaan anak orang lain,” demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube