suria

Dayus, lelaki didakwa pelajar U belasah awek dalam kereta! Tak peduli mangsa meronta, meraung - “Sabarlah, I tak lempang you lagi”

Tangkap layar video menunjukkan seorang lelaki menampar wanita di dalam kereta.

ADEGAN pukul di dalam kereta nampaknya tidak berkesudahan, terbaharu tular rakaman seorang wanita meraung dibelasah lelaki yang didakwa teman lelakinya.

Menerusi rakaman video tersebut, wanita itu dilihat ditampar lelaki berkenaan berkali-kali.

Dengan kedua-dua tangannya dipegang, wanita malang itu hanya mampu meraung.

I tak nak kahwin dengan orang macam you,” kata wanita berkenaan.

Dalam rakaman berdurasi 22 saat itu, wanita berkenaan turut merayu supaya lelaki itu melepaskannya dan menghantarnya pulang, namun tidak diendahkan.

Lelaki berkenaan memegang kedua-dua tangan mangsa sebelum menamparnya berkali-kali.

“Sabarlah, I tak lempang you lagi. Sini I lempang you,” ujar pemuda itu.

Pemuda itu dipercayai berang dan bertindak sedemikian gara-gara teman wanitanya mengungkit sesuatu.

You ungkit berapa kali tadi, I tanya? Dua kali kan? Haa... dua kali you ungkit,” katanya yang terus menampar mangsa yang sedang meronta-ronta.

Bagaimanapun tidak dipastikan punca, tarikh dan lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: "Sekali aku pukul, sampai kahwin aku pukul kau" - Wanita ketakutan diugut bakal suami dipercayai anggota keselamatan

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki mengaku pukul bakal isteri, kaki perempuan sudah bertaubat... Jadi OKU selepas jangkitan kuman - “Saya dah terima kifarah”

Namun menerusi tulisan pada video yang tular di media sosial sejak pagi Selasa mendakwa pemuda tersebut merupakan seorang pelajar di sebuah universiti tempatan di Selangor.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas wanita malang itu dibawa ke klinik kerana sakit.

Belum kahwin lagi dah naik tangan kaki. Esok dah kahwin tak tahulah apa yang naik

NETIZEN

“Kawan aku minta tolong ex dia hantar ke klinik sebab sakit. Kemudian selepas balik dari klinik, si jantan bodoh ni berhenti kereta tepi jalan, tiba-tiba nak naik tangan (pukul)," menurut seorang pemuda.

Video yang dimuat naik di TikTok pada pagi Selasa itu meraih lebih 140,000 tontonan.

Tindakan lelaki yang memukul wanita itu ternyata membangkitkan kemarahan netizen, dan rata-rata mereka bersimpati dengan nasib mangsa.

Antara komen netizen.

“Sedap je dia lempang lempang anak orang.

“Kalau aku ada masa dia buat macam ni, memang aku pegang kau mat. Kurang ajar pukul perempuan.

“Kenapa ada lelaki macam ni? Jadi takut nak rapat dengan lelaki, mula-mula manis tapi psiko.

“Belum kahwin lagi dah naik tangan kaki. Esok dah kahwin tak tahulah apa yang naik,” demikian antara komen netizen.

Hasil semakan mStar mendapati video tersebut telah dipadamkan, namun ia kini tular ke platform media sosial lain.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung video yang tular.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain