suria

Oyen murung tak lalu makan, rindu berpisah dengan ‘pakwe’ sebelah rumah... Tuan bagi peluang ‘dating’ seminggu sekali

Itty (kiri) mengalami kemurungan selepas berpisah dengan Si Teh.

PELIK tapi benar!

Seekor kucing betina berbulu oren dilihat mengalami kemurungan gara-gara terpaksa berpisah dengan rakannya, Si Teh.

Menerusi akaun TikTok M.Zamri yang dikelola oleh isterinya, keadaan kucing oren diberi nama Itty itu dilihat semakin membimbangkan apabila haiwan itu hilang selera makan.

“Sebelum ni memang dah perasan dia main-main dengan kucing jantan jiran sebelah rumah (Si Teh).

“Malam esoknya nak pindah sempat lagi dating (berjumpa). Suruh masuk rumah tak nak.

Itty sempat bertemu dengan Si Teh sebelum berpisah.

“Selepas tiga hari kami pindah, (Itty) termenung je. Makan tak nak. Minum tak nak,” katanya menerusi tulisan pada video.

Sebagaimana rakaman yang dikongsi, raut wajah kucingnya kelihatan sedih dalam keadaan terbaring di atas lantai.

Bimbang melihat keadaan Itty, wanita ini meminta agar suaminya 'meminjam' Si Teh daripada jiran rumah lamanya untuk dipertemukan semula.

“Dah cakap dengan suami, cuba pinjam kucing putih oren tu tengok macam mana. Dia mahu makan ke tak?

“Saya ni tak sampai hati. Terpaksalah tebalkan muka pergi pinjam kucing jiran sebelah bawa ke rumah baharu kami,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Oyen selamba berdiri atas kereta bergerak, ala-ala tengah ‘healing’ ambil angin... Tiba-tiba pula lelaki muncul tahan kenderaan

ARTIKEL BERKAITAN: Oyen sarat mengandung suka berak di rumah jiran, hantar ‘warning’ tapi tak jalan... Lelaki berang akhirnya jumpa solusi, selesai masalah!

Ternyata sangkaan mereka benar apabila Itty terus menunjukkan reaksi gembira selepas berjumpa semula dengan Si Teh.

Dalam video yang dikongsi, kelihatan mereka saling bercium barangkali sedang meluahkan rasa rindu setelah tiga hari berpisah.

Malah, Itty kembali berselera untuk makan ikan yang dihidangkan apatah lagi ditemani Si Teh.

“Nampak tak mereka punya rindu tu macam mana. Barulah ada selera makan sebab 'pakwe' dah ada depan mata.

“Tengok dia tenung je pakwenya. Nampak gembira wajahnya. Selera makan pun ada,” jelasnya lagi.

Itty kembali berselera untuk makan selepas berjumpa Si Teh.

Namun, mereka sekali lagi terpaksa dipisahkan memandangkan anak kepada tuan Si Teh sudah menangis mahukan kucingnya semula.

Selepas memulangkan Si Teh, wanita ini kembali gelisah kerana bimbang Itty kembali murung setelah berpisah dengan 'kekasihnya'.

“Merana semula la si Itty kucing betina tu. Dekat mana pula nak cari penggantinya pun tak tahulah.

“Sebab dia nak juga Si Teh tu tapi tak sampai hati nak pisahkan, dengan tuannya nak semula kucing,” katanya.

Kucing pun ada pasangan. Saya je yang tak laku.

NETIZEN

Video tersebut meraih lebih 1.5 juta jumlah tontonan setelah disiarkan.

Rata-ratanya turut bersimpati dengan Itty yang begitu sedih dengan perpisahan berlaku.

“Bagi dia video call je bang.

“Kucing pun ada pasangan. Saya je yang tak laku.

Komen netizen pada video.

“Bisik dekat Oyen, setiap yang kita sayang belum tentu jadi milik kita. Move on!” kata netizen.

Dalam hantaran terbaharu, wanita ini memuat naik rakaman terbaharu menunjukkan Itty bersama si Teh berada di tempat duduk belakang kereta.

Jelasnya dalam hantaran dibuat, Itty hanya dapat berjumpa dengan 'pasangannya' seminggu sekali sahaja selepas ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain