suria

Pasangan suami isteri dah 6 bulan bantu keluarga miskin ‘berumah’ di RnR, belikan motosikal tapi enggan dedah identiti

Keluarga wanita yang dibantu AZ Pemurah.

VIDEO seorang wanita menangis ketika berkongsikan kesukaran yang dialami meruntun hati warga maya yang menontonnya.

Dia bukan sahaja pernah tidur di surau stesen minyak mahupun hentian rehat dan rawat (RnR) bersama keluarga, malah turut melakukan aktiviti harian di lokasi itu akibat kesempitan hidup.

Lebih menyayat hati apabila anak bongsunya menghidap masalah jantung sejak lahir dan perlu melakukan pembedahan stent.

"Saya tidur kat RnR, pagi-pagi dah kena halau sebab orang nak solat. Mandi, basuh baju pun kat RnR," luahnya.

Motosikal diberikan bagi memudahkan pergerakan keluarga ini.

Motosikal diberikan bagi memudahkan pergerakan keluarga ini.

Kesusahan yang dialami itu membuatkan mereka dibantu dan diberikan sebuah motosikal bagi memudahkan pergerakan.

Rakaman yang dikongsikan di akaun TikTok AZ Pemurah itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya.

Melihatkan bantuan yang diberikan, rata-rata warga maya menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kerana wanita berkenaan dibantu.

"Alhamdulillah, tahniah dapat membantu insan-insan yang sangat memerlukan. Semoga Allah perbanyakkan lagi rezekimu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan pernah perlekeh kerjaya kini diburu Ah Long... Polis bantuan buang dendam, tetap tolong walau dulu terguris hati

ARTIKEL BERKAITAN: Penerima bantuan ‘disiasat’ aktivis... Beli banyak ‘jajan’, beras tak pula dibeli - “Anak saya nangis berguling-guling”

"Terima kasih orang baik, semoga akak AZ dan penerima dipermudahkan urusan.

"Hadirnya insan yang baik dan berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan... terima kasih banyak-banyak," antara komen netizen.

Berkongsi kisah di sebalik bantuan yang diberikan, suami kepada pemilik akaun AZ Pemurah berkata wanita itu yang dikenali sebagai Kak Ros menghadapi masalah kewangan.

"Masalah mula adalah anak dia sakit jantung dan perlukan rawatan stent... kemudian mereka alami masalah dengan rumah sewa serta kenderaan.

Kami berdua mahu merendahkan diri dan pada masa sama dapat terus memberi bantuan dengan selesa.

SUAMI AZ PEMURAH

"Cukai jalan kereta dah lebih tiga tahun dan tak boleh diperbaharui kerana sudah lama tamat tempoh. Suaminya pula bekerja sebagai pemandu sambilan dengan upah RM900 sebulan," katanya kepada mStar.

Disebabkan situasi yang berlaku itu, dia membantu menyediakan kenderaan bagi memudahkan pergerakan mereka.

Bukan itu sahaja, mereka turut mencadangkan supaya Kak Ros berniaga burger bersama anak sulungnya yang sudah berusia 14 tahun.

"Bantuan terhadap keluarga ini sudah enam bulan. Rawatan jantung tu buat dekat IJN (Institut Jantung Negara).

Keluarga ini dibantu sejak 6 bulan lalu.

Keluarga ini dibantu sejak 6 bulan lalu.

"Keseluruhan bantuan untuk keluarga Kak Ros adalah RM25,000," ujarnya.

Meskipun sering memuat naik bantuan yang disalurkan kepada individu-individu memerlukan, kedua-dua pasangan suami isteri ini enggan mendedahkan identiti mereka.

Berpegang dengan ungkapan 'dalam rezeki kita, ada bahagian orang lain', setiap perkongsian yang dibuat itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya mahu ia dijadikan ikutan oleh masyarakat.

"Saya dan isteri tak mahu dikenali supaya dapat jauh daripada perasaan riyak atau bangga diri dengan setiap yang dilakukan.

Antara komentar warga maya.

Antara komentar warga maya.

"Kami berdua mahu merendah diri dan pada masa sama dapat terus memberi bantuan dengan selesa.

"Video yang dikongsikan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada mendidik masyarakat supaya mereka juga dapat melakukan perkara sama," kongsinya lagi.

Menurutnya lagi, setiap sumbangan yang dihulurkan adalah sepenuhnya daripada hasil titik peluh dia dan isteri.

Malah dia pernah bernazar untuk menginfak setiap rezeki yang diperoleh kepada orang ramai yang memerlukan.

"Bantuan yang diberikan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada individu yang memerlukan tu. Ada yang buat rumah dan sebagainya," tambahnya yang berusia awal 40-an.

Rahsia identiti pasangan ini membuatkan kebanyakan warga maya tertanya-tanya siapakah gerangan mereka berdua di samping turut mendoakan supaya suami isteri ini terus dilimpahkan rezeki untuk membantu lebih ramai lagi insan memerlukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain