suria

Kad kredit rakyat Israel digodam, ramai guna beli iPhone 15 Pro Max... ‘Check out’ kerusi gaming pun ada!

Data perbankan yang tidak 'selamat' mudah digodam. -Gambar hiasan

SEJAK bumi Gaza berterusan bermandi darah dengan serangan bertalu-talu rejim Zionis, netizen Malaysia turut memainkan peranan dalam konflik Israel-Palestin.

Menggunakan platform media sosial, tentera bawang atau bawang rangers Malaysia tidak henti-henti menyatakan kecaman dan kritikan terhadap Israel.

Terbaharu, seorang pengguna laman X mendakwa berjaya menggodam akaun perbankan seorang rakyat Israel.

Maklumat berkenaan kemudian dikongsikan secara terbuka di laman berkenaan.

Perkongsian salah seorang netizen yang berjaya membuat belian.

Perkongsian salah seorang netizen yang berjaya membuat belian.

"Nah, pergi shopping... holla Tel Aviv," ciapnya ringkas.

Mengiringi ciapan di akaun Dragon Force IO itu ialah tangkap layar kod data yang dipercayai milik rakyat Israel.

Katanya terdapat individu yang berjaya membuat transaksi menggunakan data berkenaan.

"Min (admin) nampak ada yang berjaya dan ada dah tak dapat. Kalau decline tu mungkin dah limit. Dekat Telegram tadi laju betul manusia view," tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Minah salih perlekeh Malaysia, bandingkan dengan AS... ‘Pak Arab’ TikTok tolong back-up! Tentera bawang pun tumpang sekaki

Menjengah ke ruangan komen, beberapa warga maya mempersoalkan tentang kod kebenaran transaksi (TAC) sekiranya diperlukan.

Namun ada yang menyatakan keselamatan perbankan negara berkenaan tidak kukuh seperti di Malaysia.

Susulan itu, kebanyakan warga maya cuba untuk membeli model baharu telefon pintar jenama iPhone.

Pun begitu kebanyakan yang membuat pembelian peranti itu tidak berjaya.

Antara reaksi warga maya pada ruangan komen.

Antara reaksi warga maya pada ruangan komen.

Penggunaan untuk pembelian barangan lain yang lebih murah pula dipercayai berjaya.

"Okay successful beli kerusi gaming... kat sini tak boleh. Ni saya guna Paypal akaun beli kat Amazon. Kali kedua dah tak boleh, mungkin lebih limit.

"Alhamdulillah admin, dapat juga merasa iPhone 15 pro max. Terima kasih.

"Terima kasih bos, dapat juga checkout PS5 EAFC," ujar beberapa warga maya.

Pun begitu, salah seorang netizen menyatakan dia sudah mencuba kesemua akaun perbankan yang dikongsikan itu namun ia telah disekat.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan soal hukum agama bagi mereka yang menggunakan wang daripada akaun yang digodam selain bimbang data peribadi mereka yang menggunakan akaun tersebut didedahkan suatu hari nanti.

"Soalan serius, semudah ni dapatkan data Israel? What if mereka balas dendam ambil data kita?

"Keselamatan mereka lemah. Masukkan details kad, terus beli. Kalau kat Malaysia kena TAC untuk verifikasi.

"Kalau balas, kecil-kecil saja... mereka punya penggodam bukan kuat sangat pun, Malaysia dalam carta 5," ujar beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain