"TENGKU (Tengku Ahmad), saya pun pandai buat cornflakes madu." Demikian antara komentar ditinggalkan warga maya pada video tular memaparkan Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menikmati cornflakes madu yang diberikan salah seorang peminatnya. Menerusi rakaman tersebut, putera ketiga yang juga kembar Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah itu bukan sahaja terus mencuba biskut yang diberikan malah menyatakan ia adalah kegemarannya. Malah reaksi wajah serta isyarat tangan Tengku Ahmad ketika menikmati biskut itu juga membuatkan warga maya terhibur. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Berkongsi pengalaman manis, wanita di sebalik akaun TikTok @chanwooriess itu berkata dia begitu teruja kerana tidak menyangka kerabat diraja Pahang berkenaan sudi menikmati biskut air tangannya sewaktu bertemu di Taman Ekuestrian Putrajaya, baru-baru ini. “Hati ini berbunga-bunga... Tengku Ahmad pula kan... tapi bukan la sampai ‘gedik’. Cuma tak sangka dia terima pemberian itu dan terus makan. “Dia sangat menghargai setiap pemberian yang diterimanya. ARTIKEL BERKAITAN: 2 hari ‘jaga’ tangan, makan suruh isteri suapkan! Pemuda tak boleh ‘move on’ salam Agong, melompat hadiahkan Tengku Ahmad perfume ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Azizah hulur tangan sambut surat rakyat... Ramai kagum sumandak Sabah berani luah isi hati - “Kami ketinggalan arus kemodenan” “Saya buat biskut tu hari Khamis tapi Ahad baru dapat bagi sebab masa tu sahaja saya dapat jumpa Tengku Ahmad,” ujarnya kepada mStar. Menurut wanita itu lagi, dia menyediakan biskut tersebut kerana mengetahui tentang Kejohanan Polo Piala Agong 2023 yang dihadiri Tengku Ahmad bermula 1 hingga 14 Oktober. “Memang tahu ada Agong’s Cup... sebab tu buat. “Tapi saya sebenarnya tak pasti sama ada boleh bagi makanan atau tidak kepada Tengku. Maklum la dia bukan orang kebanyakan yang boleh kita berikan makanan sesuka hati. Level atas punya marketing ni awak... semoga jadi businesswoman berjaya. WARGA MAYA “Saya cuba dan dia terima... maka terjadilah video tu,” ujarnya gembira. Meskipun gembira dengan perkara tersebut, namun wanita ini enggan gambar dan namanya didedahkan. Malah dia dalam nada gurauan menyatakan 'kebimbangan' jika tindakannya itu diketahui keluarga. “Ohh tak apa, nanti semua atuk nenek saya tahu saya jumpa Tengku Ahmad,” tambahnya. Antara reaksi warga maya pada videonya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut 'cair' dengan reaksi mesra Tengku Ahmad tatkala mencuba biskut cornflakes madu berkenaan. Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya wanita itu menjual biskut tersebut dan menjadikan Tengku Ahmad sebagai salah seorang testimoninya. “Boleh ambil gambar Tengku pegang cornflakes tu dan buat banner Tengku Ahmad review. “Level atas punya marketing ni awak... semoga jadi businesswoman berjaya,” ujar beberapa warga maya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube