suria

Bakal ibu tak tahu malu, ‘petik’ kawan-kawan buat parti ‘gender reveal’ anak... Dulu pernah suruh belanja kek hantaran!

Ibu bapa merupakan individu paling teruja menyambut kelahiran anak. -Gambar hiasan

SEJAK kebelakangan ini parti gender reveal seakan mula menjadi kebiasaan dalam masyarakat, iaitu acara untuk ibu bapa mendedahkan jantina bayi mereka kepada ahli keluarga dan rakan terdekat.

Diispirasikan daripada Barat, dalam acara ini kebiasaannya ibu bapa akan membuat kejutan untuk para hadirin dan meraikan majlis mengikut tema tersendiri bergantung pada jantina bayi itu.

Namun, melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang wanita mengakui kecewa kerana rakannya mengambil kesempatan daripada orang di sekeliling untuk memenuhi hasratnya menganjurkan parti gender reveal.

Parti gender reveal dianjurkan dengan kemeriahan warna-warni. -Gambar hiasan

Menurut wanita tersebut, rakannya yang berbadan dua itu disifatkan sebagai suka mengambil kesempatan kerana seakan memaksa dia dan beberapa lagi rakan untuk menjadi penganjur acara gender reveal anaknya.

"Kawan saya ni asyik bagi hint (isyarat) nak buat gender reveal dalam grup kami. Bukan ke gender reveal ni patutnya dia yang buat.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Terhamil’ masa hidup susah, isteri buat ‘gender reveal’ bajet guna plastik hitam! Terkejut mampu beli rumah lepas lahir kembar

ARTIKEL BERKAITAN: Sejam anak melalak dalam kafe tapi mak ayah tenang borak dengan kawan... Pelanggan lain siap rakam, ‘playback’ kuat-kuat tetap tak faham

"Dia ingat kawan-kawan ke yang kena tolong buatkan untuk dia. Dulu dia kahwin pun kek hantaran kami yang kena belikan sebab bakal suami dia lupa beli. Bayangkanlah.

"Ini lagi sekali dia buat perangai, gender reveal anak dia tapi dia minta kita yang selesaikan. Penat nak layan kawan macam ni.

"Apabila tak layan nanti update status di WhatsApp cakap konon kami dah tak nak lepak dengan dia sebab tengah mengandung," kata wanita itu meluahkan isi hatinya.

Sendiri kahwin, sendiri nak mengandung, tiba-tiba orang lain pula yang kena buat gender reveal anak dia.

WARGA MAYA

Tambahnya lagi, dia dan rakan-rakan yang lain sudah tawar hati kerana selalu dipergunakan.

"Kami dah tak nak jumpa dia bukan sebab kami sombong ke apa, tapi malas nak terlibat dengan dia punya agenda nak suruh kami buatkan anak dia punya gender reveal.

"Dalam grup tu dia siap tulis, kami semua ada enam orang, nanti setiap seorang boleh buat bahagian masing-masing untuk anak dia punya gender reveal.

"Kami semua tengok je mesej tu dan tak balas apa-apa," katanya geram.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berkata rakannya itu patut mengukur baju di badan sendiri.

"Ini la akibatnya banyak tengok media sosial, bukannya nak tengok dompet sendiri. Kalau rasa diri tak berkemampuan, janganlah nak mengikut sangat mereka yang berduit di media sosial tu.

"Tak ada dalam sejarah manusia, tetamu yang kena buatkan majlis, patutnya kita yang dijemput datang, memang tak tahu malu betul muka kawan awak ni.

"Sendiri kahwin, sendiri nak mengandung, tiba-tiba orang lain pula yang kena buat gender reveal anak dia. Tak ada siapa yang kisah pun pasal jantina anak kau," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain