suria

Hubungan ‘panas’, kerap gaduh selepas bertunang... Wanita tetap bertahan, anggap kifarah sebab dah terlanjur

Umat Islam menegah umatnya menghampiri dan melakukan zina. -Gambar hiasan

SEBAGAI manusia, pasti kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Tambahan pula ketika dalam fasa sedang bahagia bercinta, darah muda sering terdorong untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama Islam.

Dalam perkongsian seorang individu yang enggan dikenali di laman sosial, dia berkongsi kisahnya yang terlanjur bersama pasangan gara-gara terikut-ikut hawa nafsu.

"Saya dengan tunang dah kenal lama. Tapi waktu ulang tahun keempat kami mengenali antara satu sama lain, kami dah mula 'ringan-ringan' dalam kereta.

"Setiap kali balik dating, mesti ada je nak buat. Saya rasa memang betul bila orang kata 'jangan biasakan' sebab ia susah nak berhenti, malah makin menjadi-jadi," kongsinya dalam satu luahan di akaun @twtsecretmy.

solat

Setiap manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan, justeru umat Islam diwajibkan bertaubat atas dosa yang dilakukan. -Gambar hiasan

Daripada 'ringan-ringan', wanita ini mendedahkan dia dan tunangnya sudah berani menempah bilik hotel dan akhirnya tidak dapat mengawal nafsu masing-masing sehingga terlanjur.

"Tanpa sebarang perlindungan... saya bernasib baik sebab tuhan masih bantu saya dan keluarga daripada dapat malu, yang saya tak mengandung.

"Saya juga cukup bernasib baik sebab selepas kes tu, pasangan saya terus minta kedua ibu bapanya jumpa ibu bapa saya untuk kami berdua bertunang," ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas terlanjur janji nak kahwin, tiba-tiba pemuda tukar fikiran... Buka cerita kekasih tidur dengan ramai lelaki - “15 orang termasuk saya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak pernah sentuh dia” - Pemuda ada kekasih difitnah hamilkan ex-GF, ayah paksa jadi pak sanggup

Namun ujar wanita tersebut, selepas mengikat tali pertunangan, hubungannya dengan tunang mulai 'panas' malah mereka kerap bergaduh sehingga membuatkannya semakin tawar hati.

"Tapi tak ada apa yang boleh saya buat sebab dosa lama saya dan ikatan pertunangan mengikat saya. Saya fikir kalau putuskan tunang ni, my family dapat malu.

"Saya juga fikir, lelaki lain yang tak bersalah tak layak terima saya yang dah pernah terlanjur. Jadi saya rasa mungkin untuk stay dengan tunang walau tak bahagia, adalah hukuman atas dosa lama.

"Kadang-kadang saya ragu-ragu, berapa ramai lagi dia pernah 'try'. Betullah orang cakap, memang nothing good come from zina. Baca pula orang cakap, kalau kita bina rumah tangga yang bermula dari zina ni takkan pernah bahagia.

"Saya lagi down... rasa baik mati je daripada kahwin semua ni. Tapi to commit suicide, saya dah banyak dosa... nak tambah dosa besar lain pula," luahnya sesal.

Taubat nasuha sama-sama dan cari Tuhan balik, insyaAllah all will be better. Good luck.

NETIZEN

Justeru, wanita tersebut meminta agar perkongsian kisahnya dapat dijadikan iktibar buat gadis lain supaya tidak mengulangi kesilapan sepertinya.

"So girls out there, sumpah. Jagalah diri. Jangan kalah kepada lelaki. Jangan ikat diri kita dekat lelaki selain suami.

"Doakan saya dengan tunang kuat dan istiqomah bertaubat ke jalan-Nya dan semoga ada sinar buat rumah tanga kami bahagia macam orang lain," akhirinya.

Rata-rata netizen turut terkesan dengan perkongsian tersebut malah mereka menitipkan kata-kata semangat buat wanita berkenaan.

komen

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Pintu taubat terbuka luas buat pendosa dan jangan pernah berputus asa untuk memohon keampunan daripada Yang Maha Esa.

"Tiada yang baik jika terus overthinking. Belajar berdamai dengan diri, maafkan diri, solat taubat.

"Taubat nasuha sama-sama dan cari Tuhan balik, insyaAllah all will be better. Good luck," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain