suria

Tak sampai sebulan dua kali Tunku Azizah usap perut, kali ini siap goyang-goyang... Netizen doa bayi ‘terkenan’ kecantikan Permaisuri Agong

Asmalina sekali lagi bertuah bertemu dengan Raja Permaisuri Agong.

BUKAN sekali, tapi dua kali dalam tempoh kurang sebulan.

Seorang wanita hamil melahirkan rasa bertuah apabila disantuni Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebanyak dua kali.

Menerusi video yang tular, kelihatan Tunku Azizah yang keluar dari kereta terus mendekati wanita berkenaan dan mengusap perutnya.

“Apa khabar? Goyang-goyang,” sapa Tunku Azizah dengan senyuman manis.

Kisah wanita ini pernah tular pada 12 Oktober lalu apabila Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di tempat kerjanya sebelum mendekati dan mengusap perutnya.

Malah, tuanku yang sememangnya dikenali sebagai raja berjiwa rakyat begitu ramah dan berjaya meneka dengan tepat usia kandungan wanita berkenaan.

Pertemuan Asmalina dengan Tunku Azizah sebelum ini, dalam tempoh kurang sebulan.

Berkongsi kegembiraan itu, Nor Asmalina Abdullah berkata, pertemuan kali kedua itu berlaku ketika Raja Permaisuri Agong mencemar duli ke ke Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KPGA), Kuala Lumpur.

Pada mulanya, dia mengakui tidak menyangka tuanku kembali berangkat tiba ke tempat kerjanya dalam tempoh singkat selepas pertemuan pertama sebelum ini.

“Pada pagi itu saya bersedia untuk menyambut tuanku yang tiba dan saat itu juga saya merakamkan keberangkatan tiba tuanku.

ARTIKEL BERKAITAN: Naluri ibu Permaisuri Agong menyerlah, usap-usap perut terus dapat teka usia kandungan... Wanita ini mahu namakan anak ‘Azizah Aminah’

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki pagi raya! Comel Permaisuri Agong berlari-lari anak nampak rakyat Malaysia di Makkah, bertuah dapat ‘selfie’ bersama

“Tidak disangka-sangka MashaAllah, TabarakAllah tuanku menuju ke arah saya dan bertanya khabar sambil memegang perut saya dan mengatakan ‘goyang-goyang’, maksudnya ‘baby yang berada dalam perut saya’,” kata wanita berusia 25 tahun itu kepada mStar.

Jika sebelum ini tuanku bertanyakan tentang usia dan jantina kandungan, Asmalina yang kini hamil anak kedua itu mendedahkan perbualannya dalam kunjungan terbaharu itu.

Masa datang tuanku pegang perut, sebelum keberangkatan pulang usap perut lagi.

NOR ASMALINA ABDULLAH

“Sebelum ini, saya menjawab jantina kandungan adalah perempuan dan anak sulung saya lelaki. Tuanku mencadangkan saya untuk tambah lagi dua anak jika ada rezeki.

“Saya cakap sepasang lelaki dan perempuan pun dah cukup. Tapi tuanku dengan ramah kata kalau ada rezeki, tambah lagi dua. Saya tersenyum,” ujarnya yang kini hamil anak perempuan dengan usia kandungan enam bulan.

Dalam pertemuan itu, Asmalina yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor turut teruja apabila sekali lagi berpeluang untuk bergambar malah berswafoto dengan Raja Permaisuri Agong.

Tunku Azizah (kanan) mengusap 'baby bump' Asmalina.

Sebelum berswafoto, Amalina yang mempunyai anak lelaki berusia setahun dan lapan bulan, mengucapkan terima kasih kepada Raja Permaisuri Agong kerana sudi bergambar bersama.

“Tuanku usap perut saya lagi sambil tersenyum. Tuanku amat merendah diri dan berjiwa rakyat. Masa datang pegang perut, sebelum keberangkatan pulang usap perut lagi.

“Sememangnya jarang berlaku apabila dapat peluang sebegini. Sebak dan terharu kerana rezeki dapat bersua muka lagi dengan tuanku dalam masa yang singkat, kurang daripada sebulan.

kenan

Antara komen netizen.

“Saya percaya ini adalah rezeki anak saya. Sesungguhnya tuanku seorang Raja Permaisuri Agong yang sangat bersifat keibuan dan penyayang. Terima kasih tuanku, patik menjunjung kasih tuanku, ampun tuanku,” katanya lagi dengan nada teruja.

Terdahulu, Amalina yang menganggap pertemuan dengan Tunku Azizah sebelum ini sebagai ‘rezeki anak’ sambil memberitahu mStar bahawa dia dan suami merancang untuk menamakan anak perempuan yang bakal lahir itu sempena nama tuanku, iaitu 'Azizah Aminah'.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain